Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bakal Saingi Google, OpenAI Perkenal SearchGPT

Bakal Saingi Google, OpenAI Perkenal SearchGPT

Diterbitkan Julai 26, 2024 · Dikemas kini Julai 26, 2024 oleh Amalina Athman

Laporan pada Mei mendedahkan OpenAI akan memperkenalkan produk yang akan menyaingi Google. Terbaharu, OpenAI hari ini mengumumkan kehadiran SearchGPT, iaitu prototaip enjin carian dikuasakan AI.

Tersedia mulai hari ini melalui waitlist atau senarai tunggu, SearchGPT direka untuk menggabungkan kekuatan model AI syarikat itu dengan maklumat terkini daripada web untuk memberikan jawapan yang pantas dan tepat dengan pautan yang jelas kepada sumber yang berkaitan.

Sebagai respons kepada soalan atau gesaan, SearchGPT akan memberikan jawapan secara terus, dengan satu atau lebih sumber pautan. Dari situ, pengguna boleh klik butang pautan di tepi yang mengandungi sumber berkaitan, atau meneruskan soalan susulan dengan konteks daripada pertanyaan asal.

Bakal Saingi Google, OpenAI Perkenal SearchGPT

Menurut OpenAI, walaupun prototaip ini bersifat sementara, ia merancang untuk mengintegrasikan ciri ini ke dalam ChatGPT pada masa akan datang.

We’re testing SearchGPT, a temporary prototype of new AI search features that give you fast and timely answers with clear and relevant sources.

We’re launching with a small group of users for feedback and plan to integrate the experience into ChatGPT. https://t.co/dRRnxXVlGh pic.twitter.com/iQpADXmllH

— OpenAI (@OpenAI) July 25, 2024

Sekiranya berminat untuk mencuba SearchGPT, daftar untuk senarai tunggu – pengguna yang dipilih akan dimaklumkan melalui e-mel.

Berkaitan

  • OpenAI Dijangka Perkenal Saingan Google Search Minggu Depan
  • Google Search Akan Sertakan Iklan Di AI Overview

Sumber: OpenAI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY