Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OpenAI ChatGPT

Indonesia, Filipina Dan Thailand Antara Yang Tertinggi Pengguna ChatGPT – Kajian

Diterbitkan Ogos 19, 2024 ยท Dikemas kini Ogos 19, 2024 oleh ariff bukhari

Sudah hampir dua tahun sejak OpenAI melancarkan ChatGPT yang menjadi pencetus revolusi AI generatif. Sejak kemunculannya, penggunaan teknologi AI dalam pelbagai perkara bukan lagi satu kejanggalan atau asing.

Menurut data daripada Tinjauan Sentimen Pengguna Global oleh CCI Boston Consulting Group 2023, antara negara yang ditinjau didapati, India mempunyai pengguna ChatGPT tertinggi di dunia dengan 45%.

Ini mungkin disebabkan oleh bilangan pekerjaan IT yang banyak di negara itu, di mana ChatGPT boleh menjadi aset yang berharga.

Kajian itu juga mendapati, negara yang lebih muda mengikut umur median cenderung mempunyai penggunaan ChatGPT yang lebih tinggi, mungkin kerana populasi yang lebih muda dan lebih celik teknologi.

Menariknya, data itu juga mendedahkan, 3 negara dari Asia Tenggara iaitu Indonesia, Filipina dan Thailand tersenarai antara pengguna ChatGPT tertinggi di dunia.

Countries That Use ChatGPT the Most

Selain itu, kaji selidik itu mendedahkan cara alatan AI digunakan. Sebagai contoh, responden tinjauan di India dan Filipina (penggunaan ChatGPT yang lebih tinggi) menggunakan AI untuk objektif tertentu seperti membantu dalam penyelidikan atau sebagai pembantu peribadi maya.

Sebaliknya, menurut BCG, responden di AS dan Jerman (penggunaan ChatGPT yang lebih rendah) kebanyakannya hanya “bermain-main dengannya.”

Secara keseluruhan, kira-kira 40% daripada semua responden tinjauan berkata mereka teruja dengan AI, dengan 28% bercanggah mengenainya, dan 29% pula bimbang.

Sumber: Visual Capitalist

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Kena Cepat, Anda Boleh Jimat Sehingga RM800 Kalau Beli Siri iPhone 15 Di Kedai Ini
  • Info Hiburan Kereta, ATLAS Akan Menyokong Bahasa Malaysia, Mandarin Dan Kantonis
  • Rasmi, Epic Games Kini Ditawar Di Peranti Android, Ini Cara Dapatkannya
  • Ini Senarai Telefon POCO Ada Diskaun Sempena 'POCO Carnival'

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY