Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna ChatGPT Kini Boleh Hasilkan Imej Percuma Dengan DALL-E 3, Tapi Ada Had Harian

Pengguna ChatGPT Kini Boleh Hasilkan Imej Percuma Dengan DALL-E 3, Tapi Ada Had Harian

Diterbitkan Ogos 9, 2024 · Dikemas kini Ogos 9, 2024 oleh Amalina Athman

OpenAI kini melancarkan keupayaan yang membolehkan pengguna ChatGPT versi percuma menghasilkan sehingga dua imej setiap hari dengan model DALL-E 3. Sebelum ini, DALL-E 3 hanya tersedia kepada pengguna berbayar ChatGPT Plus.

Salah satu penambahbaikan utama DALL-E 3 ialah membolehkan pengguna ChatGPT menghasilkan prompt untuk menjana imej, yang sepatutnya akan memudahkan penghasilan imej kecerdasan buatan (AI).

Untuk menjana imej menggunakan DALL-E 3, ia boleh dilakukan sama ada melalui laman web atau aplikasi ChatGPT. Hanya perlu letakkan prompt yang berkaitan dan ChatGPT akan menjana imej berdasarkan gesaan tersebut.

We’re rolling out the ability for ChatGPT Free users to create up to two images per day with DALL·E 3.

Just ask ChatGPT to create an image for a slide deck, personalize a card for a friend, or show you what something looks like. pic.twitter.com/3csFTscA5I

— OpenAI (@OpenAI) August 8, 2024

Seperti dinyatakan, ChatGPT hanya membenarkan dua imej setiap hari dan sekiranya telah mencapai had harian, pengguna akan melihat mesej “Anda telah mencapai had penciptaan imej anda. Naik taraf kepada ChatGPT Plus atau cuba lagi esok”.

Berkaitan

  • Ini Senarai 10 AI Paling Popular Digunakan Setakat Februari 2024
  • ChatGPT Kini Boleh Diakses Tanpa Akaun
  • OpenAI Lancar GPT-4o - Model Lebih Pantas, Percuma Untuk Semua Pengguna ChatGPT
  • Aplikasi Desktop ChatGPT Dilancarkan Untuk macOS

Sumber: OpenAI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY