Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OpenAI_The Intercept

OpenAI Dilapor Pertimbang Bangunkan Pelayar Web Sendiri

Diterbitkan November 22, 2024 ยท Dikemas kini November 22, 2024 oleh Amalina Athman

OpenAI, pencipta ChatGPT, baru-baru ini dilaporkan telah mempertimbangkan untuk membangunkan pelayar web yang akan digabungkan dengan bot sembangnya.

Menurut The Information, sumbernya memberitahu bahawa syarikat itu telah membincangkan atau membuat tawaran secara berasingan untuk menyediakan ciri carian bagi laman web berkaitan makanan, hartanah, pelancongan dan runcit.

Selain itu, Open AI juga dilaporkan telah berbincang untuk menawarkan ciri kecerdasan buatan (AI) pada peranti buatan Samsung, yang merupakan rakan perniagaan utama Google.

Tindakan ini boleh meletakkan syarikat itu sebagai saingan kepada Google, yang menguasai pasaran pelayar web dan carian. Ketika ini, OpenAI telah pun memasuki pasaran carian dengan SearchGPT.

Syarikat itu turut mempunyai kerjasama dengan Apple, di mana ciri “Apple Intelligence” pada peranti Apple mengintegrasikan ChatGPT.

Walau bagaimanapun, laporan The Information menyatakan bahawa OpenAI masih jauh untuk melancarkan pelayar web.

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • OpenAI Lancar ChatGPT Search, Enjin Carian Dikuasakan AI
  • MOSTI Akan Bangunkan LLM Versi Bahasa Melayu, Sokong Ekosistem AI Tempatan
  • OpenAI Lancarkan Aplikasi Rasmi ChatGPT Untuk Windows

Sumber: Reuters

Gambar utama: The Intercept

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY