Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Iphone 16 pro_siri apple intelligence

iOS 18.2 Beta 1 Tawar Lebih Banyak Ciri AI – Image Playground, Genmoji, ChatGPT

Diterbitkan Oktober 24, 2024 oleh Rushsyafizal

iOS 18.2 beta 1 kini telah pun dilancarkan untuk pembangun dengan memperkenalkan beberapa ciri Apple Intelligence lain, termasuk Image Playground, Genmoji, Image Wand, dan integrasi ChatGPT bersama Siri. Walaupun masih dalam versi beta, pengguna boleh mengharapkan pengalaman yang lebih kreatif dan interaktif melalui kemas kini ini.

iOS 18.2 Beta 1 Tawar Lebih Banyak Ciri AI – Image Playground, Genmoji, ChatGPT
Screenshot 2024-10-24 150610
Screenshot 2024-10-24 150639

Image Playground membolehkan pengguna menghasilkan imej kartun dengan hanya memasukkan arahan. Anda boleh mencipta imej berdasarkan rupa diri sendiri atau rakan-rakan, menjadikannya seperti versi lebih interaktif dari Bitmoji. Ciri ini tersedia sebagai aplikasi khas dan boleh digunakan dalam Messages.

Screenshot-2024-06-11-at-2.29.29-AM (1)

Genmoji pula membolehkan pengguna mencipta emoji tersuai. Jika anda pernah merasakan tiada emoji yang sesuai, Genmoji membolehkan anda menghasilkan emoji unik dan menggunakannya seperti emoji biasa.

Screenshot 2024-10-24 151115
Screenshot 2024-10-24 151136

Image Wand dalam aplikasi Notes membolehkan pengguna menandakan teks atau ruang kosong dan menjana imej berdasarkan apa yang ditulis. Bagi pengguna iPad, lakaran kasar juga boleh diubah menjadi imej yang lebih baik dengan bantuan Image Wand.

Screenshot 2024-10-24 150935
Screenshot 2024-10-24 150836

Ciri integrasi ChatGPT tidak diaktifkan secara automatik, tetapi boleh dihidupkan untuk membolehkan pengguna menghantar permintaan Siri kepada ChatGPT. Ia dapat menjana teks, imej fotorealistik, dan menjawab soalan yang mungkin Siri tidak dapat jawab. Selain itu, ia turut hadir dengan visual intelligence di mana boleh mencari maklumat berdasarkan imej yang telah diambil, mirip digunakan pada Google Lens. Semua maklumat disalurkan melalui Siri tanpa memerlukan akaun.

Ciri-ciri Apple Intelligence baharu ini hanya tersedia untuk kemas kini iOS 18.2 pada peranti iPhone 15 Pro dan ke atas sahaja.

Berkaitan

  • Yes 5G Tawar Pelan iPhone 16 Bebas Kontrak, Tanpa Penalti! Malah Boleh Dapat ‘Cashback’ Lebih RM3 Ribu Lagi
  • Gen Z Didapati Memang Lebih Sukakan iPhone Terpakai - Kajian
  • Liputan Internet Di Pahang Cecah 94%, Dua Pecawang Baharu Kini Beroperasi
  • Penjual Vape Diingat Untuk Dapatkan Perakuan SIRIM
  • Alat Sumber Terbuka Google Kesan Kandungan Janaan AI Kini Tersedia Untuk Semua

Rujukan: zollotech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY