Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OpenAI_The Intercept

OpenAI Dilapor Bincang Pemberian Pegangan 5% Kepada Kerajaan AS

Diterbitkan Julai 3, 2026 ยท Dikemas kini Julai 3, 2026 oleh Amalina Athman

OpenAI dilapor sedang membincangkan cadangan untuk memberikan pegangan pemilikan sebanyak 5% kepada kerajaan Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada usaha membentuk kerjasama lebih rapat dengan pentadbiran Donald Trump.

Menurut laporan Financial Times, CEO OpenAI Sam Altman telah membangkitkan idea tersebut dalam perbincangan bersama Presiden AS Donald Trump serta beberapa pegawai kanan pentadbiran. Cadangan berkenaan bukan sahaja melibatkan OpenAI, malah turut mencadangkan syarikat AI utama lain di Amerika Syarikat memperuntukkan 5% ekuiti masing-masing ke dalam sebuah dana pelaburan khas.

Dana itu dikatakan akan dimodelkan berdasarkan Alaska Permanent Fund, yang melaburkan hasil kekayaan minyak Alaska dan mengagihkan dividen kepada penduduk. Altman sebelum ini turut menyatakan bahawa orang awam wajar mempunyai kepentingan kewangan dalam syarikat AI supaya manfaat teknologi tersebut dapat dikongsi dengan lebih meluas.

Bagaimanapun, Financial Times melaporkan bahawa perbincangan itu masih berada pada peringkat awal dan sebarang pelaksanaan berkemungkinan memerlukan kelulusan Kongres Amerika Syarikat.

Cadangan itu hadir ketika syarikat AI berdepan tekanan politik yang semakin meningkat di Washington apabila penggubal undang-undang dan orang awam membangkitkan kebimbangan mengenai pembinaan pusat data berskala besar, penggantian pekerjaan serta risiko keselamatan siber.

OpenAI dan pesaingnya, Anthropic, baru-baru ini turut berdepan tindakan kerajaan AS yang menyekat atau mengehadkan pelancaran model AI terkini mereka. Keadaan itu meningkatkan kebimbangan dalam kalangan syarikat teknologi bahawa Washington mungkin mengambil tindakan secara unilateral untuk mengawal pelaksanaan AI. – AFP

Berkaitan

  • OpenAI Integrasi Codex Dalam Aplikasi ChatGPT iOS Dan Android
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • OpenAI Perkenal Cip AI Jalapeno, Dibangunkan Bersama Broadcom
  • OpenAI Perkenal GPT-5.6 Sol, Terra Dan Luna Dalam Pratonton Terhad

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY