Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OpenAI Sol_

OpenAI Perkenal GPT-5.6 Sol, Terra Dan Luna Dalam Pratonton Terhad

Diterbitkan Jun 29, 2026 ยท Dikemas kini Jun 29, 2026 oleh Amalina Athman

OpenAI baru-baru ini mengumumkan siri model AI baharunya, GPT-5.6, yang terdiri daripada tiga model berbeza iaitu Sol, Terra dan Luna.

Buat masa ini, pelancarannya masih dalam fasa pratonton terhad dan hanya diberikan kepada kumpulan kecil rakan kongsi terpilih melalui Codex dan API. Menurut OpenAI, langkah itu dibuat atas permintaan kerajaan Amerika Syarikat, manakala akses umum kepada ketiga-tiga model tersebut dijangka tersedia dalam beberapa minggu akan datang.

GPT-5.6 Sol merupakan model paling berkuasa pernah dibangunkan OpenAI setakat ini. Ia hadir dengan penambahbaikan keupayaan ejen (agentic), terutamanya untuk tugasan seperti pengekodan, biologi dan keselamatan siber.

OpenAI Sol_02

GPT-5.6 Sol juga merupakan model paling berkeupayaan OpenAI setakat ini dalam bidang keselamatan siber. Ia dikatakan mampu meningkatkan keseimbangan antara prestasi dan kecekapan bagi tugasan keselamatan siber jangka panjang, termasuk penyelidikan kerentanan dan eksploitasi.

OpenAI Sol_01

Dengan GPT-5.6, OpenAI turut memperkenalkan tahap penaakulan baharu “max” serta mod “ultra” yang menggunakan subejen bagi membantu menyelesaikan tugasan yang lebih kompleks.

Sementara itu, GPT-5.6 Terra menyasarkan penggunaan harian dengan prestasi yang setanding GPT-5.5 tetapi pada kos dua kali lebih rendah. GPT-5.6 Luna pula merupakan model paling menjimatkan dalam keluarga GPT-5.6, khusus untuk beban kerja berskala tinggi yang memerlukan kos operasi lebih rendah.

OpenAI Sol_03

Ketiga-tiga model ini memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna dan pembangun untuk memilih model yang sesuai berdasarkan keseimbangan antara tahap kecerdasan, kelajuan pemprosesan serta kos penggunaan mengikut keperluan masing-masing.

Dari aspek keselamatan, OpenAI mendakwa GPT-5.6 Sol dilancarkan bersama sistem keselamatan paling kukuh yang pernah dibangunkannya setakat ini. Perlindungan masa nyata terhadap aktiviti siber berisiko tinggi dan penyalahgunaan berulang turut dipertingkatkan sebelum model itu diperkenalkan kepada pengguna.

Berkaitan

  • ChatGPT Kini Guna GPT-5.5 Instant Sebagai Model 'Default'
  • OpenAI Integrasi Codex Dalam Aplikasi ChatGPT iOS Dan Android
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Pengguna Kini Boleh Cari Produk Di Shopee Terus Melalui ChatGPT
  • OpenAI Perkenal Cip AI Jalapeno, Dibangunkan Bersama Broadcom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Sasar Sekurang-Kurangnya 50% Lebuh Raya Dilengkapi Teknologi Pintar
  • MCMC Rekod 5,333 Ketidakpatuhan Standard Mandatori Liputan Telekomunikasi - Teo
  • 3 Earphone 'Flathead' Bawah RM40
  • Reka Proton e.MAS Impian Guna AI, Pengguna Berpeluang Miliki Model 3D Rekaan Sendiri
  • 2 Fon Telinga Baharu CMF Kini Di Malaysia, Harga Dari RM129
  • Dua Palet GPU RTX 5090 Dianggarkan Bernilai RM2 Juta Dilapor Hilang Sebaik Tiba Di Lapangan Terbang Brazil
  • OPPO Perkenal Masterclass, Tawar 60 Sesi Bengkel Fotografi Di Malaysia
  • Uruguay Cuba Penggunaan Kad Merah Dan Kuning Elektronik
©2026 WISER.MY