Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Buat Pusingan U, Tak Jadi Buang ‘Cookies’ Pihak Ketiga Dalam Chrome

OpenAI Berminat Beli Chrome Jika Google Dipaksa Jual

Diterbitkan April 23, 2025 · Dikemas kini April 23, 2025 oleh Amalina Athman

OpenAI dilaporkan berminat untuk membeli pelayar web popular, Chrome, sekiranya Google diperintahkan untuk menjual aset tersebut.

Kenyataan itu dibuat oleh Ketua Produk OpenAI Nick Turley semasa perbicaraan fasa “pemulihan” dalam perbicaraan kes antitrust antara Google dan kerajaan Amerika Syarikat, yang kini sedang berlangsung.

Pada tahun lalu, mahkamah memutuskan bahawa Google memiliki monopoli haram dalam pasaran carian, dan hakim yang mengendalikan kes tersebut kini sedang mempertimbangkan bentuk hukuman atau langkah pemulihan yang wajar dikenakan ke atas Google.

Pemecahan Chrome daripada Google adalah antara cadangan penyelesaian yang dikemukakan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ).

DOJ turut menjadikan OpenAI sebagai contoh syarikat yang pertumbuhannya terhalang akibat dominasi Google dalam pasaran carian. Tahun lalu, OpenAI dilaporkan telah meminta akses kepada data carian Google bagi memperkukuh pembangunan SearchGPT, namun permintaan tersebut telah ditolak oleh Google.

Selain berkemungkinan dipaksa untuk menjual Chrome, Google juga mungkin diarahkan untuk membenarkan pesaing mengakses data carian mereka. Turley menyatakan bahawa akses kepada data masa sebenar Google akan membolehkan OpenAI untuk “membangunkan produk yang lebih baik dengan lebih pantas”.

Google juga berkemungkinan akan dihalang daripada menjalin sebarang perjanjian berkaitan carian dengan Apple dan syarikat-syarikat lain.

Dalam pada itu, DOJ turut mencadangkan agar Google melepaskan Android, tetapi hanya jika langkah pemulihan lain yang dicadangkan tidak berkesan dalam menghalang Google daripada “memanfaatkan secara tidak wajar” sistem operasi tersebut, atau jika Google cuba mengelak daripada mematuhi keperluan lain yang telah ditetapkan.

Berkaitan

  • Google Mungkin Terpaksa Jual Chrome Untuk Pecah Monopoli
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Ciri Keselamatan AI Pelayar Chrome Kini Ditawar Kepada Semua, Ini Cara Aktifkannya
  • Google Pay Kini Sokong TNG eWallet, ShopeePay

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY