Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Buat Pusingan U, Tak Jadi Buang ‘Cookies’ Pihak Ketiga Dalam Chrome

Ciri Keselamatan AI Pelayar Chrome Kini Ditawar Kepada Semua, Ini Cara Aktifkannya

Diterbitkan Februari 19, 2025 · Dikemas kini Februari 19, 2025 oleh ariff bukhari

Pelayar Google Chrome telah mengemas kini ciri keselamatan “Enhanced Protection” di mana ia kini dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI) bagi menawarkan perlindungan masa nyata terhadap laman sesawang berbahaya, muat turun mencurigakan, dan sambungan (extensions) yang berisiko.

Kemas kini ini telah dilancarkan kepada ssemua pengguna pelayar Chrome di semua platform (PC, macOS, Android dan iOS) selepas tiga bulan diuji dalam versi Canary.

Enhanced Protection sebenarnya bukanlah ciri baharu di mana ia adalah sebagai sebahagian daripada ciri Safe Browsing, tetapi Google kini  meningkatkan keberkesanannya dengan AI.

enhanced protection chrome
Ciri “Enhanced Protection” secara lalai tidak diaktifkan. Jadi, untuk mengaktifkannya adalah melalui Settings > Privacy and security > Security.

Sebelum ini, Chrome menggunakan “proactive protection” untuk mengesan laman sesawang berbahaya, tetapi kini AI digunakan untuk menganalisis corak secara masa nyata dan memberi amaran walaupun terhadap laman yang belum dikenal pasti sebelum ini.

Selain itu, ciri AI ini juga melakukan imbasan mendalam terhadap muat turun yang mencurigakan untuk keselamatan pengguna.

Namun suka diingatkan bahawa data pelayaran pengguna akan dihantar ke Google semasa ciri Enhanced Protection tersebut diaktifkan.

Berkaitan

  • Google Chrome Kini 'Vibrate' Apabila Anda Tarik Untuk 'Refresh' Laman Sesawang Di Android
  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • Xiaomi Pengeluar Telefon Pintar No.1 Di Malaysia 2024 - Canalys

Sumber: Bleeping Computer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY