Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Galaxy S24 FE

Samsung Mungkin Gugurkan Penjenamaan ‘Galaxy’ Untuk Peranti Andalan

Diterbitkan Oktober 30, 2024 ยท Dikemas kini Oktober 30, 2024 oleh Amalina Athman

Laporan E-Today mendedahkan bahawa Samsung sedang meneroka inisiatif penjenamaan baharu, yang mungkin akan menyaksikan syarikat itu menjual telefon pintar andalannya di bawah penjenamaan selain daripada “Galaxy”. .

Just in: According to reports from Korean media, Samsung is studying the possibility of creating a new brand to separate the premium segment from the Galaxy brand.

— Jukanlosreve (@Jukanlosreve) October 29, 2024

 

Ketika ini, “Galaxy” ialah nama untuk semua peranti mudah alih Samsung – sama ada telefon, tablet atau produk boleh pakai seperti jam dan cincin pintar.

Walaupun syarikat itu menggunakan sub-jenama untuk membezakan antara barisan premium dan bajet – seperti yang kita lihat dengan siri Galaxy S, Galaxy A dan Galaxy M, namun secara keseluruhan ia masih di bawah penjenamaan “Galaxy”.

Eksekutif Samsung Lee Young-hee pada CES 2024 pernah menyatakan sokongan untuk penjenamaan baharu secara terbuka. Menurutnya “Galaxy mempunyai begitu banyak barisan yang saya faham orang ramai menjangkakan nama baharu apabila terdapat titik perubahan yang inovatif”.

Idea penjenamaan baharu untuk peranti premium akan membolehkan pembahagian itu, seperti Hyundai yang menjenamakan kenderaan mewahnya dengan sub-jenama Genesis.

Berkaitan

  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • Skrin Siri Samsung Galaxy S25 Dikhabarkan Lebih Cantik Dan Jelas
  • Semua Model Samsung Galaxy S25 Dijangka Guna Cip Snapdragon 8 Elite
  • Sebilangan Model Telefon Pintar Samsung Galaxy Dengan Cip Exynos Alami Kecacatan Keselamatan Utama

Sumber: 9to5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 4 Handheld PC Menarik Tahun Ini
  • KKM Lancar MyLapor, Pengguna Kini Boleh Buat Aduan Kesalahan Berkaitan Produk Merokok Melalui 3 Cara
  • Opensignal Lancar Peta Interaktif Pertama Di Dunia Papar Sambungan Satelit Ke Telefon Pintar
  • Meta Bangunkan Teknologi RAM Baharu Dikenali Sebagai 'CRAM' Untuk Linux
  • Elak Beli Telefon Android Murah, Didapati Sudah Dipasang Malware Sebelum Dijual
  • Hyundai Dedah Rekaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Generasi Baharu, Mampu Pecut Lebih 400 KM/j
  • Sistem, Perkhidmatan Utama Tabung Haji Kembali Beroperasi - 3 Fungsi THiJARI Masih Belum Aktif
  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
©2026 WISER.MY