Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nvidia Perkenal NemoClaw Untuk Komuniti OpenClaw

Nvidia Perkenal NemoClaw Untuk Komuniti OpenClaw

Diterbitkan Mac 17, 2026 · Dikemas kini Mac 17, 2026 oleh Amalina Athman

Nvidia kini memperkenalkan NemoClaw, stack sumber terbuka yang menambah kawalan privasi dan keselamatan pada ejen AI OpenClaw.

NemoClaw menggunakan perisian Nvidia Agent Toolkit untuk mengoptimumkan OpenClaw dalam satu arahan, dan memasang OpenShell untuk menyediakan model terbuka serta sandbox tersendiri. Ia membolehkan ejen autonomi mengakses data dengan selamat, sambil memastikan kawalan polisi, keselamatan rangkaian, dan privasi terjaga.

nvidia nemoclaw_

Menurut Nvidia, platform ini boleh menggunakan mana-mana ejen pengekodan. Ejen terbuka boleh mengakses model terbuka, termasuk Nvidia Nemotron, yang dijalankan secara lokal pada sistem pengguna, atau model terkini yang dijalankan pada cloud melalui privacy router.

“OpenClaw mendekatkan orang kepada AI dan membantu mewujudkan dunia di mana setiap orang mempunyai ejen mereka sendiri. Bersama Nvidia dan ekosistem yang lebih luas, kami membangunkan ejen dan garis panduan keselamatan yang membolehkan sesiapa pun mencipta pembantu AI yang berkuasa dan selamat,” kata pengasas dan pencipta OpenClaw, Peter Steinberger.

NemoClaw untuk OpenClaw boleh dijalankan pada mana-mana platform khusus, termasuk PC dan komputer riba Nvidia GeForce RTX, komputer profesional berkuasa Nvidia RTX Pro, serta superkomputer AI Nvidia DGX Station dan Nvidia DGX Spark.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Permintaan AI Melonjak, Nvidia Dijangka Pintas Apple Jadi Pelanggan Utama TSMC
  • Peter Steinberger, Pengasas OpenClaw Kini Sertai OpenAI
  • OpenClaw Jadi Fenomena Di China, AI Agent Tarik Minat Pengguna Dan Pelabur

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY