Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OpenClaw Jadi Fenomena Di China, AI Agent Tarik Minat Pengguna Dan Pelabur

OpenClaw Jadi Fenomena Di China, AI Agent Tarik Minat Pengguna Dan Pelabur

Diterbitkan Mac 10, 2026 oleh Amsyar Latif

Satu projek kecerdasan buatan (AI) dikenali sebagai OpenClaw kini menjadi fenomena baharu di China apabila semakin ramai pengguna, syarikat teknologi serta pelabur menunjukkan minat terhadap teknologi AI agent tersebut.

Menurut laporan Bloomberg, minat yang semakin meningkat terhadap OpenClaw turut memberi kesan kepada pasaran saham teknologi di negara itu. Beberapa syarikat yang dikaitkan dengan ekosistem teknologi berkaitan mencatat kenaikan harga saham apabila pelabur melihat potensi besar dalam pembangunan teknologi AI agent.

OpenClaw Jadi Fenomena Di China, AI Agent Tarik Minat Pengguna Dan Pelabur

Peningkatan ini juga didorong oleh sokongan daripada pihak berkuasa tempatan di China yang mahu mempercepatkan pembangunan industri kecerdasan buatan, sekali gus menggalakkan penggunaan teknologi baharu seperti OpenClaw.

https://x.com/BoWang87/status/2030473139365585373?s=20

Dalam masa yang sama, laporan South China Morning Post (SCMP) menyatakan fenomena OpenClaw semakin popular sehingga melahirkan istilah baharu dalam kalangan pengguna China iaitu “raise a lobster”.

Istilah ini merujuk kepada tindakan menjalankan atau mengendalikan AI agent OpenClaw sendiri bagi membantu melakukan pelbagai tugasan digital secara automatik.

OpenClaw merupakan sejenis AI agent yang mampu menjalankan pelbagai tugas bagi pihak pengguna seperti menulis laporan, menghasilkan pembentangan, mengurus jadual, membalas e-mel serta membantu kerja pengaturcaraan.

Keupayaan ini menjadikan ia seolah-olah pembantu digital yang boleh meningkatkan produktiviti pengguna.

openclaw reddit

SCMP turut melaporkan bahawa minat terhadap OpenClaw sangat tinggi sehingga ratusan pengguna sanggup beratur di pejabat syarikat teknologi di Shenzhen bagi mendapatkan bantuan memasang dan mengkonfigurasi sistem tersebut.

Selain itu, beberapa kerajaan tempatan di China juga dilaporkan menawarkan insentif bagi projek berkaitan OpenClaw sebagai usaha membangunkan ekosistem industri AI tempatan.

Walaupun begitu, pakar keselamatan siber turut memberi amaran mengenai potensi risiko keselamatan dan privasi data sekiranya AI agent seperti OpenClaw diberikan akses yang terlalu luas kepada sistem atau akaun pengguna.

Fenomena ini menunjukkan bagaimana teknologi AI agent kini mula berkembang daripada sekadar chatbot kepada sistem automasi yang mampu melaksanakan pelbagai tugas digital secara lebih autonomi.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Kamera AI Baharu Ini Boleh Strim Sukan Tanpa Langganan Berharga RM2,816
  • Semua IPTA Di Malaysia Kini Boleh Akses 'Gemini for Education'

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
©2026 WISER.MY