Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OpenAI_The Intercept

Peter Steinberger, Pengasas OpenClaw Kini Sertai OpenAI

Diterbitkan Februari 16, 2026 · Dikemas kini Februari 16, 2026 oleh Amalina Athman

Peter Steinberger, pengasas di sebalik ejen kecerdasan buatan (AI) popular OpenClaw, kini menyertai OpenAI.

OpenClaw, yang sebelum ini dikenali sebagai Moltbot dan Clawdbot, mula mendapat perhatian sejak awal tahun ini. Popularitinya meningkat dengan cepat, walaupun turut berdepan beberapa cabaran.

Dalam catatan blog yang mengumumkan keputusannya menyertai OpenAI, pembangun dari Austria itu berkata walaupun OpenClaw berpotensi menjadi sebuah syarikat besar, perkara itu bukan sesuatu yang benar-benar menarik minatnya.

Sebaliknya, Steinberger menjelaskan matlamat utamanya adalah untuk membawa perubahan kepada dunia.

“Apa yang saya mahukan ialah mengubah dunia, bukan membina sebuah syarikat besar, dan bekerjasama dengan OpenAI merupakan cara paling pantas untuk membawa teknologi ini kepada semua orang,” katanya.

Sementara itu, CEO OpenAI Sam Altman memaklumkan Steinberger akan menerajui pembangunan generasi seterusnya ejen peribadi berasaskan AI.

Peter Steinberger is joining OpenAI to drive the next generation of personal agents. He is a genius with a lot of amazing ideas about the future of very smart agents interacting with each other to do very useful things for people. We expect this will quickly become core to our…

— Sam Altman (@sama) February 15, 2026

OpenClaw pula akan terus wujud di bawah sebuah yayasan sebagai projek sumber terbuka, dengan sokongan berterusan daripada OpenAI.

Berkaitan

  • OpenAI Dan Amazon Umum Kerjasama Strategik $38 Bilion Untuk Kuasa AI Masa Depan
  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar
  • OpenAI Turunkan Harga Langganan ChatGPT Go Di Malaysia
  • OpenAI Mula Uji Iklan Dalam ChatGPT Untuk Akaun Percuma, Go

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY