Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NVIDIA Umum Harga Rasmi Dan Varian Superkomputer AI Terkecil Di Dunia

NVIDIA Umum Harga Rasmi Dan Varian Superkomputer AI Terkecil Di Dunia

Diterbitkan Mac 20, 2025 · Dikemas kini Mac 20, 2025 oleh ariff bukhari

Pada awal tahun ini di acara CES 2025 yang lepas, NVIDIA telah pun memperlihatkan  superkomputer AI peribadi terkecil di dunia yang dikenali sebagai Project DIGITS.

Walau bagaimanapun, NVIDIA kini mengumumkan nama baharu bagi PC tersebut yang kini dikenali sebagai NVIDIA DGX™, superkomputer AI peribadi yang dikuasakan oleh platform NVIDIA Grace Blackwell.

GX Station™ membolehkan pembangun AI, penyelidik, saintis data, dan pelajar menjalankan model AI berskala besar secara terus dari komputer meja (desktop).

Ia hadir dalam dua varian utama iaitu DGX Spark, superkomputer AI bersaiz paling kecil di dunia, serta DGX Station, yang membawa prestasi setaraf pusat data ke desktop pengguna.

NVIDIA GB10 Grace Blackwell Superchip
NVIDIA DGX™ Spark menjalankan sistem operasi NVIDIA DGX™ OS yang mampu menyampaikan sehingga 1000 AI TOPS prestasi AI dalam bentuk kompak dan cekap kuasa.

DGX Spark menggunakan cip NVIDIA GB10 Grace Blackwell Superchip, dilengkapi GPU Blackwell dengan keupayaan AI sehingga 1,000 trilion operasi sesaat.

Sementara itu, DGX Station menggunakan cip NVIDIA GB300 Grace Blackwell Ultra Desktop Superchip yang menyediakan 784GB memori koheren, sesuai untuk latihan AI berskala besar.

Kedua-dua model menyokong teknologi NVIDIA NVLink™-C2C untuk pemindahan data pantas antara CPU dan GPU.

NVIDIA Umum Harga Rasmi Dan Varian Superkomputer AI Terkecil Di Dunia

Sistem ini turut dilengkapi ConnectX®-8 SuperNIC yang menyokong kelajuan rangkaian sehingga 800Gb/s, memastikan sambungan pantas antara beberapa DGX Station untuk tugasan berskala besar.

Tempahan untuk sistem DGX Spark ini sudah pun dibuka terhad di AS di mana harga jualannya bermula USD2,999 (~RM13,000)

Harga NVIDIA DGX Spark

DGX Station dijangka tersedia daripada rakan kongsi seperti ASUS, BOXX, Dell, HP, Lambda dan Supermicro akhir tahun ini.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Kilang-Kilang Di China Kini Beroperasi Dalam Gelap 24 Jam
  • Google Lancarkan Satelit Kesan Awal Kebakaran Hutan Dikuasakan AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY