Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NVIDIA

Nvidia Raih ~RM92 Bilion Hanya Dari Tiga Pelanggan Utama

Diterbitkan September 2, 2025 · Dikemas kini September 2, 2025 oleh ariff bukhari

Nvidia baru sahaja mengumumkan keputusan kewangan suku kedua 2025 yang  mencatatkan rekod baharu dengan pendapatan sekitar USD 46.7 bilion (~RM194.6 bilion).

Laporan kewangan itu turut mendedahkan, sebanyak 3 pelanggan utama Nvidia yang menyumbang separuh daripada rekod pendapatan itu

Tanpa menamakan 3 pelanggan itu, pecahan pendapatan itu adalah berjumlah USD 9.5 bilion (~RM 40.14 bilion) dari pelanggan A, USD 6.6 bilion (~RM 27.9 bilion) dari pelanggan B, dan USD 5.7 bilion (~ RM 24.1 bilion) dari pelanggan C.

Tetapi spekulasi menyebut xAI milik Elon Musk, OpenAI bersama Oracle (projek Stargate), dan Meta sebagai antara penyumbang utama kepada Nvidia.

Namun, kebergantungan ini menimbulkan kebimbangan kerana jika salah satu pelanggan besar itu berpaling arah  seperti membangunkan cip sendiri, beralih ke AMD, atau menghadapi masalah operasi yang boleh memberi kesan besar terhadap aliran tunai Nvidia.

Contohnya, pelanggan A sahaja menyumbang lebih 20% daripada jumlah jualan suku tahunan Nvidia.

Walaupun begitu, pasaran ketika ini masih optimis terhadap Nvidia kerana pesaing belum mampu menandingi teknologi mereka.

GPU NVIDIA RTX PRO™ 6000 Blackwell Server Edition
GPU NVIDIA RTX PRO™ 6000 Blackwell Server Edition.

NVIDIA mengumumkan GPU NVIDIA RTX PRO™ 6000 Blackwell Server Edition mereka akan digunakan sebagai pelayan di beberapa buah syarikat terkemuka dunia termasuklah Disney, Foxconn, Hitachi Ltd., Hyundai Motor Group, Lilly, SAP dan TSMC yang pertama akan menerima pelayan tersebut.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Huawei Lancar Storan AI SSD Untuk Pusat Data
  • Apple Akur, Turunkan Kuasa Frekuensi Radio iPhone 12 Di Seluruh EU

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY