Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP, Nvidia

Nvidia Hampir 100% Pegang Pasaran GPU Desktop Global

Diterbitkan September 8, 2025 · Dikemas kini September 8, 2025 oleh ariff bukhari

Pasaran GPU desktop kini dikuasai hampir sepenuhnya oleh Nvidia, dengan penguasaan sebanyak 94% di bahagian pasaran global add-in board (AIB) menjelang akhir suku kedua 2025.

Satu lagi syarikat yang turut terkenal dengan pasaran kad grafik suatu masa dulu, AMD hanya tinggal 6%sahaja, susut daripada 12% pada Q2 2024.

Sementara Intel pula hampir tiada kehadirannya dalam pasaran GPU.

Pasaran global AIB telah mencapai 11.6 juta unit pada Q2 2025, manakala penghantaran CPU desktop meningkat kepada 21.7 juta unit.

Nvidia Hampir 100% Pegang Pasaran GPU Desktop Global
Peratusan perkongsian pasaran AIB setiap suku tahunan.

Data daripada Jon Peddie Research menunjukkan dominasi Nvidia semakin kukuh walaupun AMD melancarkan kad grafik baharu pada harga kompetitif.

Nvidia terus mendapat kelebihan melalui permintaan besar akibat ledakan AI dan sejarah kripto.

Walau bagaimanapun, untuk GPU, AMD dijangka kekal sebagai pemain sekunder tanpa perubahan besar.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Acer Perkenal Barisan Produk Predator Baru Di IFA 2025
  • Kabel Dasar Laut Putus, Pelanggan Awan Microsoft Terjejas

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY