Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NVIDIA Dan Intel Bekerjasama Bangunkan PC Masa Depan

NVIDIA Dan Intel Bekerjasama Bangunkan PC Masa Depan

Diterbitkan September 19, 2025 · Dikemas kini September 19, 2025 oleh ariff bukhari

NVIDIA dan Intel mengumumkan kerjasama untuk membangunkan beberapa generasi produk pusat data dan komputer peribadi (PC) yang menggabungkan kepakaran kedua-dua syarikat itu.

Intel akan mereka bentuk CPU x86 khas untuk platform infrastruktur AI NVIDIA, manakala sistem-on-chip (SoC) baharu akan menggabungkan cip GPU NVIDIA RTX untuk komputer berprestasi tinggi.

Teknologi NVLink akan digunakan untuk menyambungkan seni bina kedua-dua syarikat secara lancar yang bakal memperkukuh integrasi antara CPU dan GPU.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian ini, NVIDIA akan melabur sebanyak $5 bilion dalam saham biasa Intel pada harga $23.28 sesaham.

Kerjasama ini dilihat sebagai langkah penting ke arah membina ekosistem pengkomputeran generasi baharu yang lebih bersepadu dan berkuasa.

Sekali gus dijangka mempercepatkan inovasi PC untuk pasaran perusahaan, pengguna awam dan berskala besar.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Syarikat Semikonduktor Jerman Buka Bilik Bersih 6,000 meter persegi Di Sarawak
  • Sistem Lampu Isyarat PJ Sentral Dan SS2 Kini Dipacu AI Dibangunkan CelcomDigi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY