Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nubia V80 Max_2

nubia V80 Max Dilancarkan – 8GB RAM, Bateri 6,000mAh, Harga Dari RM499

Diterbitkan Januari 20, 2026 · Dikemas kini Januari 20, 2026 oleh Amalina Athman

nubia hari ini melancarkan telefon pintar baharu, nubia V80 Max, untuk pasaran Malaysia.

nubia V80 Max menampilkan skrin 6.9-inci HD+ dengan sokongan kadar segar semula 120Hz serta maksimum kecerahan 780 nits.

Peranti ini dikuasakan cip pemproses Unisoc T7250 dengan gandingan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

nubia V80 Max_3

Untuk kamera, nubia V80 Max dilengkapi sistem tiga kamera dengan tetapan 50MP AF + 2MP FF + 0.08MM, serta menempatkan 16MP kamera swafoto di bahagian hadapan.

Bagi menghidupkan peranti, ia dimuatkan kapasiti bateri 6,00mAh yang menyokong pengecasan 22.5W berwayar melalui port Type-C dan 10W pengecasan berbalik.

nubia V80 Max_4

Lain-lain termasuk sokongan Bluetooth 5.2, kalis habuk dan percikan air IP64 serta menjalankan sistem operasi MyOS 16 berasaskan Android 16. Empat pilihan warna ditawarkan iaitu Stardust Purple, Stellar Silver, Sky Cyan dan Space Black.

Harga dan ketersediaan

Nubia V80 Max kini tersedia pada harga RM499 (8+128GB) dan RM599 (8+256GB). Promosi turut ditawarkan untuk pelanggan walk-in dengan harga RM469 (8+128GB) dan RM569 (8+256GB), sah sehingga 31 Januari 2026.

nubia V80 Max_1

Sempena pelancaran, hadiah eksklusif turut disediakan termasuk beg tote, fon telinga berwayar nubia, penanda buku edisi terhad yang direka hasil kolaborasi dengan pelajar SEGi, serta perlindungan skrin satu tahun nubia Care+.

nubia V80 Max_5

Promosi awal hanya tersedia di beberapa cawangan termasuk IOI City Mall, IOI Mall Puchong, Lowyat Plaza, serta TAC Mobile di Giant Bandar Kinrara dan AEON Mall Bukit Tinggi.

Pengguna juga boleh mendapatkan telefon ini secara dalam talian melalui Laman Beli dengan memasukkan nama telefon di ruang carian.

Berkaitan

  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • Alternatif iPhone Air Dah Tiba, Nubia Air Hanya RM899
  • nubia Air, Ini Benda Best Dengan Tak Best
  • HONOR Lancar Magic8 Pro Air Di China - 6.1mm, Bateri 5500mAh, Skrin 6000 Nits

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
©2026 WISER.MY