Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Alternatif iPhone Air Dah Tiba, Nubia Air Hanya RM899

Alternatif iPhone Air Dah Tiba, Nubia Air Hanya RM899

Diterbitkan Oktober 17, 2025 · Dikemas kini Oktober 17, 2025 oleh ariff bukhari

Jika anda mencari telefon pintar alternatif yang nipis seakan iPhone Air tapi menjalankan sistem Android, anda kini boleh menempah model nubia Air yang hanya berharga RM899 (untuk pembeli terawal).

Mungkin ramai yang tidak tahu, nubia Air dilancarkan 2 hari lebih awal sebelum pelancaran iPhone Air.

Walaupun tidak senipis iPhone Air (5.64mm), nubia Air masih sebuah telefon pintar dengan reka bentuk ultra nipis (5.9mm).

Malah ia dilengkapi dengan bateri berkapasiti lebih besar iaitu 5000mAh.

Ia dilengkapi skrin AMOLED 6.78 inci beresolusi 1.5K (1224×2720) dilindungi Corning Gorilla Glass 7i dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 4,500 nits.

Alternatif iPhone Air Dah Tiba, Nubia Air Hanya RM899

Dari segi prestasi, ia dijana cip 6nm lapan teras dan menyokong sehingga 20GB RAM dinamik.

Sistem kamera pula terdiri daripada kamera utama 50MP AI Triple dan kamera hadapan 20MP, lengkap dengan ciri AI dan sokongan rakaman serentak berbilang kamera.

Hanya 1 varian sahaja ditawarkan (8+12)GB RAM+256GB storan dalam pilihan warna Titanium Black dan Titanium Desert.

nubia Air kini sudah boleh dbeli dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/cln0uwc
  • Lazada – https://invl.me/cln0uwe

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • iPhone Air Mahal Sangat? Ini Alternatif Untuk Anda
  • vivo X300 Pro, Telefon Yang Cuba Jadi Kamera Profesional

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pasport Kini Boleh Diperbaharui Melalui Aplikasi MyGOV Malaysia
  • PETRONAS Bakal Bawa LNG Terapung Berhampiran Pantai Pertama Dunia Ke Sipitang, Sabah
  • Dua Syarikat Malaysia Disenarai AS, MITI Nasihat Pengendali Pusat Data Elak 7 Entiti
  • Honor Magic9 Pro Max Dilancar Di Malaysia Pada Harga RM5,999
  • Cara Paparkan Semula Preview Bergambar Pada Ikon Di Windows Explorer
  • LZNK Lancar Aplikasi 'Amil AI' - Permudah Akses Maklumat, Permohonan Bantuan, Bayaran Zakat
  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Dream Chaser Terima Lesen Pendaratan FAA, Sasar Penerbangan Sulung Pada 2027
©2026 WISER.MY