Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR Magic8 Pro Air_featured image

HONOR Lancar Magic8 Pro Air Di China – 6.1mm, Bateri 5500mAh, Skrin 6000 Nits

Diterbitkan Januari 19, 2026 · Dikemas kini Januari 19, 2026 oleh Amalina Athman

HONOR kini melancarkan Magic8 Pro Air untuk pasaran China, menampilkan rekaan nipis dan ringan seakan iPhone Air.

HONOR Magic8 Pro Air_featured

Menyentuh spesifikasi, peranti ini mempunyai ketebalan 6.1mm dengan berat 155 gram. Paparan OLED berukuran 6.31-inci FHD+ turut menyokong kadar segar semula adaptif 120Hz serta kecerahan maksimum 6,000 nits.

Magic8 Pro Air dikuasakan cip MediaTek Dimensity 9500 dengan konfigurasi memori sehingga 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB.

HONOR Magic8 Pro Air_02

Modul kameranya seakan gabungan iPhone Air dan Pixel 10. Sistem tiga kamera terdiri daripada 50MP utama, 50MP ultra-lebar serta 64MP periskop telefoto yang menyokong 3.2x zum optik dan sehingga 100x zum digital. Kamera hadapan pula dimuatkan 50MP swafoto.

Bagi menghidupkan peranti, ia dibekalkan kapasiti bateri 5,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W berwayar dan 50W wayarles. 

HONOR Magic8 Pro Air_9

Antara lainnya, Magic8 Pro Air turut menyokong dwi-SIM (SIM+ eSIM),  W-Fi 7, Bluetooth 6.0, NFC, penarafan IP68/IP69 dan 3D Ultrasonic Fingerprint Unlock. Sistem operasi yang digunakan ialah MagicOS 10 berasaskan Android 16.

HONOR Magic8 Pro Air_4
HONOR Magic8 Pro Air_5
HONOR Magic8 Pro Air_6
HONOR Magic8 Pro Air_3

Empat pilihan warna ditawarkan iaitu Light Orange, Feather White, Shadow Black dan Fairy Purple.

Harga dan ketersediaan

Di China, HONOR Magic8 Pro Air ditawarkan dari 4,999 yuan (~RM2908) untuk varian 12GB +256GB.

HONOR Magic8 Pro Air_01

Buat masa ini, belum diketahui bila atau jika Magic8 Pro Air akan dibawa masuk untuk pasaran Malaysia.

Berkaitan

  • HONOR Magic8 Pro Dilancar Pada Harga RM4,599
  • HONOR Magic8 Pro Akan Hadir Dengan Ciri Pengesanan Pengklonan Suara
  • Skrin Tak Silau, Stylus Lebih Pintar, Kenapa HUAWEI MatePad 12 X 2026 Rasa Berbeza

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY