Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nothing Ear (a)_2

Nothing Umum Ear Dan Ear (a) Dengan Integrasi ChatGPT, Harga Bermula RM479

Diterbitkan April 18, 2024 · Dikemas kini April 18, 2024 oleh Amalina Athman

Nothing kini mengumumkan dua produk audio baharu, iaitu Nothing Ear dan Nothing Ear (a).

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Nothing Phone (2a) Rasmi Di Malaysia Dengan Harga RM1699
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari

Nothing Ear merupakan produk audio premium baharu sebagai pengganti Ear (2), manakala Ear (a) menyasarkan untuk segmen mampu milik.

Kedua-duanya dilengkapi integrasi ChatGPT yang membolehkan pengguna memanggil pembantu AI melalui fon telinga. Ia tersedia pada Phone (2) dan akan datang tidak lama lagi untuk Phone (1) dan Phone (2a) melalui kemas kini perisian.

Nothing Ear ChatGPT
Nothing Ear ChatGPT 2

Nothing Ear

Nothing Ear dilengkapi pemacu audio dinamik 11mm dengan diaphragm seramik serta dua lubang udara tambahan untuk meningkatkan aliran udara bagi memberikan bunyi yang lebih jelas.

Nothing Ear _1
Nothing Ear_8

Fon telinga wayarles ini menawarkan sokongan 24-bit Hi-Res Audio dengan LHDC 5.0 dan LDAC serta algoritma pembatalan hingar aktif pintar (Smart ANC) 45dB yang dipertingkat secara automatik, bersesuaian dengan bunyi hingar.

Nothing turut membawakan lebih banyak kawalan bunyi melalui pilihan Advanced Equalizer dengan 8-band EQ. 

Dari segi ketahanan bateri, Nothing Ear dilengkapi kapasiti 46mAh untuk fon telinga dan 500mAh untuk bekas pengecas. Ia mampu bertahan sehingga 40.5 jam bagi penggunaan bersama bekas pengecas dan 8.5 jam dengan fon telinga sahaja.

Nothing Ear boleh disambungkan melalui Bluetooth 5.3 dengan sokongan dua peranti, Google Fast Pair dan Microsoft Swift Pair. Ia boleh dipadankan dengan peranti Android 5.1 dan iOS 11 dan ke atas.

Nothing Ear_4
Nothing Ear berharga RM659
Nothing Ear_5

Lain-lain termasuk penarafan IP54 untuk fon telinga dan IP55 bagi sarung pengecas. Dua pilihan warna tersedia iaitu hitam dan putih.

Nothing Ear (a)

Buat pertama kalinya Nothing menampilkan produk audio berwarna kuning, selain warna hitam dan putih.

Nothing Ear (a)_6
Nothing Ear (a) berharga RM479
Nothing Ear (a)_7
Nothing Ear (a)_5

Nothing Ear (a) mengekalkan kebanyakan ciri utama daripada Nothing Ear dengan pemacu dinamik 11mm (diaphragm PMI+TPU), Smart ANC serta sokongan LDAC. Ear (a) menampilkan reka bentuk yang diubah suai dengan sarung pengecas segi empat tepat.

Nothing Ear (a)_1
download (4)

Kapasiti bateri sama seperti Nothing Ear, namun ia mampu bertahan lebih lama dengan sehingga 42.5 jam jika digunakan bersama sarung pengecas dan 9.5 jam fon telinga sahaja.

Antara lain termasuk sokongan kalis habuk dan air IP54 untuk fon telinga dan IPX2 bagi sarung pengecas. Dari segi sokongan sambungan sama sahaja seperti Nothing Ear.

Harga

Nothing Ear (a)_0

Nothing Ear diletakkan pada tanda harga RM659, manakala Nothing Ear (a) berharga RM479. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Nothing di pautan Nothing Ear atau Nothing Ear (a).

  • Beli produk Nothing di Shopee: https://invl.io/cll0a29
  • Beli produk Nothing di Lazada: https://invol.co/cll0a28

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 4 Handheld PC Menarik Tahun Ini
  • KKM Lancar MyLapor, Pengguna Kini Boleh Buat Aduan Kesalahan Berkaitan Produk Merokok Melalui 3 Cara
  • Opensignal Lancar Peta Interaktif Pertama Di Dunia Papar Sambungan Satelit Ke Telefon Pintar
  • Meta Bangunkan Teknologi RAM Baharu Dikenali Sebagai 'CRAM' Untuk Linux
  • Elak Beli Telefon Android Murah, Didapati Sudah Dipasang Malware Sebelum Dijual
  • Hyundai Dedah Rekaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Generasi Baharu, Mampu Pecut Lebih 400 KM/j
  • Sistem, Perkhidmatan Utama Tabung Haji Kembali Beroperasi - 3 Fungsi THiJARI Masih Belum Aktif
  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
©2026 WISER.MY