Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-03-04T151954.240

Nothing Phone (2a) Rasmi Di Malaysia Dengan Harga RM1699

Diterbitkan Mac 5, 2024 oleh Muhd Idham

Nothing kini secara rasminya melancarkan telefon pintar yang ditunggu-tunggu oleh para peminatnya selepas beberapa iklan tentangnya dikongsikan di media sosial, iaitu Nothing Phone (2a).

Nothing Phone (2a) Rasmi Di Malaysia Dengan Harga RM1699

Nothing Phone (2a) hadir dengan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 7200 Pro dengan memori 12GB RAM dan 256GB storan.

Selain itu, ia menjalankan Nothing OS 2.5 yang berasaskan Android 14.

Nothing Phone (2a) ini juga dilengkapi dengan kamera utama 50MP, kamera ultra lebar 50MP dan kamera swafoto 32MP.

Paparannya pula adalah jenis AMOLED 6.7 inci dengan resolusi FHD+, kadar segar semula dari 30Hz-120Hz dan kecerahan sehingga 1300 nits.

Dibekalkan juga kapasiti bateri 5000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 45W berwayar.

Dari segi rekaan, Nothing Phone (2a) masih menampilkan rupa yang mampu menarik ramai orang. Panel belakang sedikit beza berbanding modelnya yang lain dan ia juga mempunyai modul kamera yang secara keseluruhan seakan-akan watak Baymax.

Dijual pada tanda harga RM1,699, peminat boleh membuat prapesan bermula 6 Mac ini menerusi rakan pengedar yang sah.

Sementara ia akan tersedia secara rasmi kepada umum pada 9 Mac.

Walau bagaimanapun, bagi anda yang sudah tidak sabar, sebanyak 100 unit terawal ditawarkan untuk dibeli menerusi kedai CROSSOVER Sunway Pyramid pada jam 11 pagi, 6 Mac 2024.

Beli produk Nothing di:

Shopee – https://invl.io/clkq5dh

Lazada – https://invol.co/clkq5dc

Berkaitan

  • Apple Turunkan Harga MacBook Air 13", Kini Hanya Dari RM4,799
  • Xiaomi 15, OnePlus 13 Dilapor Akan Dilengkapi Pengimbas Cap Jari Ultrasonik
  • ChatGPT Kini Mempunyai Keupayaan Untuk Baca Hasil Janaan
  • JPJ Perkenal Sistem Ujian Memandu Tanpa Pegawai Dalam Kenderaan Bermula April

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY