Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nothing ear 2 carl pei 4

Nothing Ear (2) Rasmi Dengan Sokongan Hi Res Audio Untuk RM599

Diterbitkan Mac 23, 2023 · Dikemas kini Mac 23, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Nothing Ear (2) telah dilancarkan semalam dan untuk pasaran Malaysia, ia berharga RM599. Dari segi rekaan, dari jauh nampak sama tapi sebenarnya ada beberapa perbezaan kecil.

Misalnya, dimensinya kini sedikit lebih kecil dan petak daripada Ear (1) yang bucunya sedikit membulat.

nothing ear 2 malaysia 2

Kemudian, bahagian plastik berwarna putih di dalam kini juga turut timbul keluar daripada bekas dan jadi tapak TWS ini berbanding dilindungi plastik lutsinar pad Ear (1).

Jadi, anda boleh pegang bahagian putih ini sama ada di dalam case mahupun luar pada tapaknya.

nothing ear 2 malaysia 1

Dari segi audio pula, yang paling menarik pastinya sokong Hi Res Audio 24-bit dan LHDC 5.0 yang juga tiada pada model tahun lepas.

Untuk pembatalan hingar aktif (ANC) pula, ia mempunyai Personal Sound Profile berdasarkan telinga anda. Nothing berkata ANC kali ini mampu menghilangkan hingar (noise) sehingga 40dB.

harga nothing ear (2) malaysia

Algoritma akan menganalisis sensitiviti anda berdasarkan frekuensi secara dinamik dan masa-nyata.

Kalau ANC untuk pendengaran, manakala Clear Voice Technology untuk mikrofon pula juga ditambah baik untuk Ear baharu ini.

harga nothing ear (2) malaysia

Selain itu, Dual Connection akan memudahkan anda bertukar anda 2 peranti seperti mendengar lagu di komputer riba dan kemudian mengangkat panggilan daripada telefon.

Ear (2) ini diumumkan dapat bertahan sehingga 36 jam dengan bekasnya dan dapat 8 jam penggunaan selepas 10 minit pengecasan.

nothing ear 2 malaysia 3

Dalam pada itu, ia juga dapat dicas melalui wayarles dengan Qi berkelajuan 2.5W. Kami akan kongsikan ulasan Ear (2) dalam beberapa minggu lagi.

Untuk spesifikasi lebih mendalam atau beli daripada Nothing Malaysia sendiri, jangan segan silu ke laman web Nothing di SINI atau Shopee mereka di SINI.

Ia akan tersedia di Malaysia bermula 8 April 2023.

Sumber: Nothing

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Nothing ear (1) Bukan Sekadar 'Hype'
  • (Ulasan) Nothing Ear (Stick) - 'Lipstick' Mahal Untuk T20
  • Carl Pei Sahkan Nothing Phone (2) Yang Akan Keluar Tahun Ini Lebih Premium
  • Nothing Phone (2) Sah Akan Dijana Cip Di Bawah Siri Snapdragon 8

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY