Nothing Phone (1) Kini Boleh Dinaik Taraf Ke Android 13 Secara Rasmi

Nothing Phone (1) secara rasmi kini sudah boleh dinaik taraf ke Android 13 melalui kemas kini Nothing OS 1.5. Pengguna seluruh dunia boleh dapatakn kemas kini tersebut sejak beberapa jam lalu.

Saiznya ialah 1.25GB jadi pastikan anda mempunyai sambungan yang stabil.



Banyak pembaharuan dan penambahbaikan dalam versi terkini ini.

Antara yang menarik minat saya ialah Media Control baharu yang menunjukkan kulit album dalam saiz yang lebih besar bersama kawalan yang lebih banyak, panel pelarasan kelantangan yang ditambah baik, kemampuan imbas kod QR terus daripada Kamera dan pemilihan penggunaan data daripada kad SIM yang anda mahu terus daripada  Quick Settings.



 



 



Menurut Nothing juga, pengecaman cap jari juga ditingkatkan kepantasannya sebanyak 12%, pembukaan aplikasi 17% lebih pantas, penggunaan kuasa sewaktu standby yang 50% lebih baik dam sistem yang akan memadam cache dan fail tidak digunakan, secara berkala.

{suggest}

Carl Pei sebelum ini mengesahkan bahawa pembangunan Nothing OS kini melibatkan pasukan mereka sendiri yang terdiri daripada individu yang pernah membangunkan OxygenOS dan tidak lagi diberikan pada pihak ketiga.

Justeru, kualiti Nothing OS sepatutnya lebih baik daripada versi awal.