Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nothing phone (2)

Carl Pei Sahkan Nothing Phone (2) Yang Akan Keluar Tahun Ini Lebih Premium

Diterbitkan Januari 31, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Tempoh hari, Carl Pei mengatakan Nothing bukan seperti jenama lain yang terlalu kerap mengeluarkan model baharu. Namun, ia tidak bermakna Nothing Phone baharu akan dilancar 2-3 tahun lagi.

Carl Pei mengesahkan bahawa Nothing Phone (2) akan dilancarkan tahun ini dan ia lebih premium daripada Phone (1).

“Nak saya bagi render Phone (2)?” seloroh Pei dengan penemu ramah.

Menjawab soalan, beliau berkata model ini lebih premium dengan perisian sebagai fokus utama pasukan Nothing.

nothing phone (7)

Pei tidak mahu menggelar Phone (2) sebagai ‘flagship‘ kerana ini bermakna Phone (1) bukan peranti ‘flagship’.

Sudah tentu, bagi pengguna, Phone (1) memang bukan daripada kelas andalan memandangkan ia menggunakan cip kelas pertengahan.

Tapi untuk pasukan Nothing, Phone (1) ialah ‘flagship’ dalam segmen telefon mereka dari segi usaha dan ketelitian yang mereka curahkan.

Nothing Phone (1) Diumum – Ini Yang Anda Perlu Tahu

Kesimpulannya, ini bermakna daripada segi spesifikasi, kita boleh jangkakan ia lebih bagus daripada Phone (1), mungkin menggunakan cip kelas pertengahan premium, kalau bukan andalan.

Selain itu, bab perisian juga kita akan lihat lebih banyak ciri baharu dan OS yang betul-betul stabil kerana Pei sangat menekankan bab perisian kali ini.

Berkaitan

  • Rasmi - Nothing Phone (1) Dengan RAM 12GB Berharga RM2,699, Snapdragon 778G+, Dua Kamera 50MP
  • Nothing Phone (1) Mula Dijual Di Malaysia Ogos Ini Tapi Hanya 2 Varian Tersedia
  • Phone (1) Versi Lite? Nothing Kata "Mana Ada"
  • (Ulasan) Nothing Ear (Stick) - 'Lipstick' Mahal Untuk T20
  • Nothing Phone (2)? Kami Tak Rajin "Beranak" Macam Jenama Lain - Carl Pei
  • Nothing Dilapor Ada Subjenama Baharu, Mungkin Lancar TWS

Hal ini kerana Nothing OS dulu sebenarnya tidak dibina 100% oleh Nothing kerana hanya mempunyai 5 jurutera untuk bahagian mudah alih.

Sebaliknya, ia melibatkan outsourcing pada pihak lain. Kali ini, Pei menjamin ia akan lebih bagus kerana memang dibangunkan sendiri oleh Nothing.

Sumber: Inverse

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY