Ini Cara Beli 'Laptop' Dan Tablet Yang Sokong Aplikasi Google Harga ‘Rahmah’

Masihkah anda ingat peranti siswa? Mungkin ada yang dah dapat dan ada juga yang masih menunggu peranti tersebut tiba ke tangan bukan? Tapi, ada juga dalam kalangan pelajar yang tidak layak menerimanya.

Jangan berduka, sebenarnya ada alternatif lain untuk anda. Kalau nak makan, kita dah mula ditawarkan menu rahmah, untuk pembelian peranti bagi kegunaan belajar pun ada juga harga ‘rahmah’. Mudah kata, mampu milik.

Kita tahu, penggunaan peranti seperti tablet dan ‘laptop’ ni dah jadi satu keperluan terutama untuk pelajar baik di bangku sekolah mahupun universiti. Namun, mungkin atas faktor kekangan bajet, anda tidak mampu untuk membeli sebuah peranti baharu.

Usah khuatir, anda datang tepat pada masanya kerana Huawei hadir sebagai penyelamat anda menerusi promosi kembali ke sekolah.

Apa yang menariknya, promosi tersebut tidak terhad untuk pelajar sahaja tau tapi untuk semua lapisan masyarakat termasuk tenaga pengajar dan juga ibu bapa.

Semasa promosi ‘Back to School’ Huawei, ada tawaran kaw kaw untuk kebanyakan produl komputer riba mereka dan juga tablet yang mana diskaun diberikan sehingga RM1000. Malah, dapat hadiah percuma lagi yang bernilai sehingga RM1300.

Peranti Apa Je Yang Ada Dalam Promosi Ni?

Kesemua produk yang ditawarkan, memang menepati cita rasa untuk kegunaan pelajar di luar sana.



Minat dengan tablet sebab lebih fleksibel dan versatil? Ada Huawei MatePad 10.4 yang dijual pada harga bermula RM1199 sahaja dan percuma papan kekunci magnet Huawei + pakej fitness bernilai RM498.

Tablet tersebut menawarkan skrin beresolusi 2k dan hadir dengan audio surround yang imersif serta prestasi terbaik. Kena dengan harga diberi.



Nak tablet lebih power? Huawei MatePad Pro 11 ada untuk anda. Harga ditawarkan adalah RM2999 tapi anda akan bakal bawa hadiah percuma papan kekunci magnet pintar, M-Pencil dan juga pakej fitness yang bernilai RM1397.

Bang, saya tak minat tablet, laptop ada tak?



Para lelaki di luar sana kebiasaannya lebih memilih komputer riba. Jangan risau, Huawei MateBook D15 dengan cip Intel Gen-11 dengan konfigurasi 8+256GB hanya dijual pada tanda harga RM2199. Ditambah lagi hadiah percuma router WiFi AX3.

Peranti yang disebut di atas, masih lagi mampu milik dan sesuai dengan poket anda. Untuk tawaran lain dalam promosi Huawei ini, anda boleh rujuk galeri gambar di bawah.



Risau la pakai telefon pintar dan tablet Huawei, katanya tak support Google



Huawei, tak ada Google? Itu cerita dahulu kala. Dah lapuk dan ketinggalan zaman. 

Sekarang ni, kebanyakan peranti Huawei dah sokong aplikasi-aplikasi Google. Baik dari Google Classroom, Google Meet, YouTube, Google Drive dan banyak lagi. Mudah kata, tak perlu risau dan pening untuk guna mana-mana aplikasi Google.

Macam mana cara nak guna Google kat Huawei?

Caranya mudah, ikut langkah di bawah:

  1. Pertama, buka Huawei AppGallery, cari dan pasang (install) aplikasi yang dipanggil ‘Lighthouse’

  2. Dah pasang ‘Lighthouse’, buka semula AppGallery dan cari sahaja aplikasi Google yang diinginkan

  3. Kemudian, buka aplikasi Google yang dah dipasang, log masuk akaun Google anda

  4. Siap, anda boleh enjoy. Bahkan, anda boleh log masuk banyak akaun Google. Sama macam peranti lain




Menarik, kat mana nak dapatkan promosi ni?



Promosi Huawei Back To School ini sudah pun bermula tatkala anda membaca dan bakal berakhir pada 31 Mac depan.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati tawaran menarik dari promosi Huawei tersebut. Tablet, komputer riba dan peranti Huawei Mate 50 Pro ada sedang menanti anda.

Lawati kedai Huawei Experience Store atau layari laman web rasmi Huawei untuk pembelian.

Dapatkan promosi ini di SINI.

*Artikel ini dibawakan oleh Huawei