Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
harga HONOR x9a percuma malaysia

Cara Miliki HONOR X9a Dengan Percuma – Skrin ‘Curved’ Tahan Lasak Dengan 5G

Diterbitkan Februari 17, 2023 ยท Dikemas kini September 27, 2024 oleh Penaja

Tahun baru, telefon baru. Bayangkan skrin OLED, melengkung tapi tahan lasak siap sokong 5G? Itulah dia HONOR X9a dan di bawah ialah cara dapatkannya secara percuma dengan pelan telco.

Celcom

honor x9a percuma telco 3

  • Dengan pelan MEGA 158, anda boleh dapatkan HONOR X9a dengan percuma. Klik SINI untuk daftar.

Digi

honor x9a percuma telco 2

  • Melalui Digi Postpaid 90, anda hanya perlu bayar RM299 untuk miliki telefon ini. Klik SINI untuk maklumat lanjut.

Maxis

honor x9a percuma telco 1

  • Pelan Maxis Postpaid 128 bolehkan anda dapatkan telefon ini serendah RM99. Klik SINI untuk milikinya.

Apa yang bagus HONOR X9a ni?

1. Skrin lengkung tapi kukuh, OLED pula tu

honor x9a percuma free 1

Skrin melengkung atau curved tak dapat dinafikan naikkan seri satu-satu telefon, nampak premium macam telefon mahal.

Tapi, mesti anda juga risau sebab dia lebih terdedah, kalau jatuh nanti mesti senang pecah, kan?

Jangan risau, HONOR X9a menggunakan Super Reinforced 0.65mm dan ada pengiktirafan HONOR Gold Label.

Ia lebih kukuh dan tahan lasak daripada skrin melengkung lain di pasaran.

Kalaulah skrin telefon ini retak dalam 180 hari, tak perlu gelabah sebab ada perlindungan skrin bila anda beli HONOR X9a ni.

2. Premium lagi lindungi mata anda

harga honor x9a free malaysia

Macam macam skrin telefon ini boleh lindungi mata anda?

Ini sebabnya ia mempunyai PWM Dimming setinggi 1920Hz yang buatkan mata anda selesa walaupun sedang tengok telefon dalam keadaan gelap.

Jadi, tak perlu risau tatal TikTok malam-malam walaupun janji nak tidur awal.

3. Bateri besar tapi ringan

bateri x9a tahan lama

Gabungan bateri sebesar 5,100mAh dengan pengecasan pantas 40W membantu memastikan ia sentiasa tersedia untuk anda.

Kalau penggunaan harian, HONOR X9a boleh sampai 2 hari. Walaupun bateri sebesar itu, tapi ia masih ringan iaitu 175g saja dengan tebal 7.9mm.

4. Storan besar, RAM boleh tambah

honor x9a 4

Ia datang dengan RAM sebesar 8GB, tapi anda boleh manfaatkan HONOR RAM Turbo yang boleh bagi RAM maya lagi 5GB. Keseluruhannya, 13GB RAM.

Storan pun tak kalah. Tak perlu kad memori kerana telefon ini dah ada storage sebesar 256GB.

5. Ada Google, ada 5G

harga honor x9a malaysia percuma 1

Tahun 2023 ni, apalah makna guna telefon tanpa 5G dan Google Mobile Services?

HONOR X9a dah confirm sokong 5G dan boleh dipasang dengan aplikasi Google sah daripada Play Store.

Dengan harga RM1,499 dan 5 tawaran menarik ini, apa lagi?

Cepat dapatkannya melalui pelan telco atau terus daripada HONOR di Shopee, Lazada atau kedai fizikal mereka seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut tentang HONOR X9a: https://bit.ly/HONORX9aWiser

**Artikel ini dibawakan oleh HONOR Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY