REDMAGIC 8 Pro Tersedia Di Malaysia Bermula RM3,699 - Snapdragon 8 Gen 2, Panel Belakang Lutsinar

Sebuah telefon gaming yang hari ini dilancarkan di Malaysia ialah REDMAGIC 8 Pro. Harga permulaannya ialah serendah RM3,699 namun ada promosi untuk pembeli terawal.

Kapsyen: Void untuk panel belakang lutsinar, Matte untuk panel biasa.


Ia dijana cip Snapdragon 8 Gen 2 dengan RAM antara 12GB dan 16GB manakala storan pula 256GB dan 512GB.

REDMAGIC 8 Pro ini menjalankan sistem operasi Android 13 berlapikkan REDMAGIC OS 6.0.

Kapsyen: REDMAGIC 8 Pro Matte


Selain itu, peranti ini juga dimuatkan bateri sebesar 6000mAh dengan sokongan puncak pengecasan 65W.

Bagi penggambaran, terletak 3 kamera di belakang iaitu 50MP (Samsung GN 5), 8MP dan 2MP.

Kapsyen: REDMAGIC 8 Pro Void


Kamera swafoto pula memanfaatkan lensa 16MP yang terletak di bawah skrin. Uniknya, tiada takuk atau lubang sebaliknya kameranya memang tersembunyi di bawah skrin untuk paparan yang betul-betul penuh.

Ia merupakan generasi kedua UDC (under screen camera).

{suggest}

Dengan rekaan petak yang mengingatkan saya pada Proton Juara, paparan AMOLED penuh tanpa lubang dan takuknya bersaiz 6.8" dengan kadar segaran 120Hz.



Nisbahnya pula ialah 20:9 dengan resolusi FHD+ bersama kadar input sentuh pula setinggi 960Hz bersama puncak kecerahan 1300 nit.

Kalau dah telefon gaming, tak sahlah kalau tak bercakap tentang sistem penyejukannya.

Kapsyen: REDMAGIC 8 Pro Matte


Antara yang menarik ialah penggunaan sistem ekzos yang anda sendiri boleh lihat di belakangnya kerana menggunakan panel lutsinar jika anda dapatkan versi Void.



Terdapat 2 lubang di sisi kiri dan kanan manakala berdekatan kamera pula ada kipas. Di sini, anda terus boleh agak ia berfungsi untuk pelepasan haba melalui sistem ekzos tanpa perlu membaca iklan atau spesifikasi penuhnya.

Kapsyen: REDMAGIC 8 Pro Void


Kata REDMAGIC, telefon ini menggunakan sistem ICE 11 Multi-Dimensional Cooling System dengan kipas berkelajuan 20,000 RPM yang mempunyai 59 bilah.

Selain itu, ia juga menggunakan aloi aluminium gred pesawat, graphene dan foil tembaga bawah skrin dan banyak lagi untuk mengawal haba peranti.




Ia akan mula dijual pada 25 Februari 2023 dan harganya ialah seperti di bawah.

  • REDMAGIC 8 Pro (Matte) 12+256GB - RM3,699.

  • REDMAGIC 8 Pro (Void) 16+512GB - RM4,299.


Khas di Lazada pada hari pertama jualannya, diskaun ialah seperti berikut.


  • REDMAGIC 8 Pro 12+256GB RM3,699 RM2,899.

  • REDMAGIC 8 Pro 16+512GB RM4,299 RM3,499.


Untuk ke halaman Lazada REDMAGIC 8 Pro, klik SINI.

Spesifikasi lebih mendalam boleh didapati di laman web REDMAGIC.

Sumber: Siaran Akhbar RedMagic