Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Nothing OS Diteruskan Dengan Mereka Yang Pernah Bangunkan OxygenOS

Posted on Februari 17, 2023

Dalam video ulasan OnePlus 11 sebelum ini, Carl Pei mengakui bahawa Nothing OS dibina oleh syarikat luar secara outsourced dan bukan 100% daripada pasukan dalaman Nothing.

Hal ini kerana syarikat yang baru ditubuhkan itu masih kecil dan tidak mempunyai tenaga kerja yang mencukupi.

Big difference now, having our own team who previously delivered Oxygen OS together vs. an outsourced team who don't really care about the success or failure of our company. https://t.co/tsersO0WDS

— Carl Pei (@getpeid) February 16, 2023

 

Namun sekarang Nothing sudah mempunyai kakitangan yang ramai. Justeru, pembangunan Nothing OS diteruskan oleh Nothing sendiri, bukan lagi diuruskan oleh pihak ketiga.

Dalam twit sama, Pei seolah-olah berkongsi rasa tidak puas hatinya atau memerli pihak yang bangunkan Nothing OS semasa awal kemunculannya.

Katanya, mempunyai pasukan sendiri yang pernah bangunkan Oxygen OS berbeza daripada pasukan luar yang tidak peduli akan kejayaan mahupun kegagalan Nothing.

Jadi, kita dapat faham bahawa mereka yang meneruskan pembangunan Nothing OS adalah mereka yang juga terlibat dalam pembinaan OxygenOS.

Nothing OS

Sebagai pengguna, kita dapat jangkakan penambahbaikan yang ketara dalam kemas kini Nothing OS, terutamanya dengan Android 13 versi stabil yang mula dilepaskan untuk pengguna Beta sebelum ini.

Imbas kembali, Nothing OS memang seumpama tidak siap sepenuhnya lebih-lebih lagi ketika diumumkan pertama kali tahun lalu.

Semasa menggunakan Phone (1) pun, saya merasakan sistem operasinya terlalu kosong dan membosankan. Ciri tambahan yang ada adalah ‘permainan’ glyph namun selebihnya? Boleh saya katakan tidak ada.

{suggest}

Tapi dalam versi Nothing OS 1.5 dengan Android 13 ini nampak menarik, pelbagai perubahan dan penambahbaikan disenaraikan termasuk dari segi visual.

Sama-sama kita nantikannya.

Sumber: Carl Pei

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress