Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nothing Headphone (1)_featured image

Nothing Perkenal Headphone (1) – Rekaan Lutsinar, Spatial Audio, Bateri Hingga 80 Jam

Diterbitkan Julai 2, 2025 ยท Dikemas kini Julai 2, 2025 oleh Amalina Athman

Nothing hari ini memperkenalkan Headphone (1), fon kepala over-ear pertama keluaran syarikat itu.

Seperti kebanyakan produk Nothing yang lain, Headphone (1) hadir dengan reka bentuk lutsinar yang membolehkan pengguna melihat komponen dalaman.

Nothing Headphone (1)__

Dengan ciri pembatalan hingar aktif (ANC), spatial audio serta sokongan main balik audio lossless, fon kepala ini memenuhi hampir semua ciri utama yang biasa ditawarkan pada model premium.

Ia juga hadir dengan penarafan IP52, memberi sedikit perlindungan terhadap percikan air dan habuk. Dari segi audio, Nothing bekerjasama dengan jenama audio premium KEF untuk membangunkan kualiti bunyinya, lengkap dengan pemacu audio dinamik bersaiz 40mm.

Nothing Headphone (1)_

Untuk kawalan, fon kepala ini didatangkan dengan butang fizikal yang boleh ditetapkan mengikut fungsi pilihan pengguna. Terdapat butang paddle untuk kawalan main balik audio dan roller untuk melaras tahap bunyi. Headphone (1) juga menyokong bicu audio 3.5mm dan USB-C.

Dengan kapasiti bateri 1,040mAh, ia mampu bertahan sehingga 35 jam dengan ANC diaktifkan dan sehingga 80 jam tanpa fungsi tersebut.

Nothing Headphone (1)_5

Lain-lain termasuk sokongan Bluetooth 5.3, codec AAC, SBC dan LDAC serta boleh digunakan dengan peranti Android 5.1, iOS 13, Nothing OS atau versi lebih baharu.

Nothing Headphone (1)_7
Nothing Headphone (1)_8

Ditawarkan pada harga $299 (~RM1,258), Headphone (1) hadir dalam dua pilihan warna iaitu Black dan White. Harga rasmi untuk pasaran Malaysia akan diumumkan pada 11 Julai nanti.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • vivo X200 FE Tiba Di Malaysia Dengan Harga RM3,199
  • OPPO Enco Buds3 Turut Dilancar, Harga RM129
  • Nothing Phone (3) Dilancarkan Dengan Skrin Kedua Mikro-LED

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY