Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo x200 FE

vivo X200 FE Tiba Di Malaysia Dengan Harga RM3,199

Diterbitkan Jun 30, 2025 ยท Dikemas kini Jun 30, 2025 oleh Amsyar Latif

vivo kini secara rasminya membawa masuk vivo X200 FE, peranti kompak pertama dalam siri X yang menampilkan kamera telefoto profesional dan prestasi bertaraf andalan dalam saiz mudah digenggam.

Dilengkapi skrin 6.31 inci, cip MediaTek Dimensity 9300+, bateri BlueVolt 6500mAh dengan pengecasan pantas 90W, serta sistem pengimejan ZEISS Super Telefoto 50MP+50MP lebar+8MP ultra lebar+50MP swafoto, X200 FE menawarkan keupayaan potret multifokus, kesan sinematik dan mod fotografi jalanan.

Telefon ini juga hadir dengan sokongan AI Image Studio dan ciri-ciri seperti NFC, pembesar suara stereo dan ketahanan IP68.

vivo x200 FE

vivo Watch GT

vivo watch gt

Turut dilancarkan, vivo Watch GT tampil dengan rekaan empat segi, skrin 2.5D, berat hanya 33g dan ketahanan bateri sehingga 21 hari.

Ia menyokong mod sukan seperti badminton & pickleball, serta menawarkan pengalaman pemakaian yang bergaya dan pintar.

Harga

vivo x200 FE

  • vivo X200 FE: RM3,199 – Harga promosi prapesan: RM2,999 (Dengan hadiah percuma bernilai hingga RM1,856)
  • vivo Watch GT: RM499 (Hitam Suria) / RM549 (Putih Awan)

Promosi prapesan berlangsung hingga 4 Julai 2025 di Kedai Konsep vivo dan platform rasmi. Ini termasuk rebat bank, pelan ansuran 0%, bonus tukar beli, dan diskaun PWP untuk pembelian jam.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • vivo X200 Ultra Rasmi Dengan Dua Cip Fokus Fotografi
  • vivo V50 Lite Kini Di Malaysia, Siri V50 Yang Lebih Mampu Milik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY