Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NOTHING PHONE 3

Nothing Phone (3) Dilancarkan Dengan Skrin Kedua Mikro-LED

Diterbitkan Julai 2, 2025 · Dikemas kini Julai 2, 2025 oleh ariff bukhari

Penantian peminat telefon pintar khususnya peminat Nothing Phone akhirnya berakhir apabila Nothing Phone (3) dirasmikan hari ini.

Malah menjadikannya lebih menarik adalah ia merupakan telefon flagship pertama mereka sejak memasuki pasaran telefon pintar pada tahun 2022.

Menerusi Phone (3), Nothing menampilkan reka bentuk premium dengan prestasi dan perisian yang dipertingkatkan.

NOTHING PHONE 3

Salah satu ciri paling menonjol pada Phone (3) ialah Glyph Matrix, sebuah paparan mikro-LED di bahagian belakang telefon yang menggantikan sistem LED biasa yang diperkenalkan dalam model-model terdahulu.

Skrin kecil ini direka untuk mengurangkan kebergantungan pengguna terhadap skrin utama, membolehkan notifikasi, jam digital, status bateri dan pelbagai maklumat ringkas dipaparkan dari belakang telefon.

Malah, Nothing turut memperkenalkan ciri Glyph Toys, iaitu fungsi seperti widget mini dan permainan ringkas yang boleh dimainkan terus melalui skrin mikro-LED ini.

NOTHING PHONE 3

 

Dari aspek kamera, Nothing Phone (3) tampil dengan empat kamera 50MP – tiga di belakang dan satu kamera swafoto.

Ia menyokong rakaman video 4K pada kadar 60FPS dengan penstabil imej optikal (OIS) pada kamera utama dan periskop.

Phone (3) dikuasakan cip Snapdragon 8s Gen 4 dengan CPU lapan teras dan kelajuan mencecah 3.21GHz. Menurut Nothing, cip ini 36% lebih pantas berbanding cip Snapdragon 8+ Gen 1 dalam Phone 2, manakala prestasi grafik meningkat sebanyak 88%.

Baterinya pula dimuatkan dengan bateri 5,150mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W secara berwayar dan 15W secara tanpa wayar.

Selain itu, Nothing Phone 3 hadir dengan butang khas yang dinamakan Essential Key, yang berfungsi untuk mengakses aplikasi Essential Space – sebuah aplikasi nota berasaskan AI.

 

Fungsi menarik seperti Flip to Record turut disertakan, membolehkan pengguna merakam perbualan secara automatik hanya dengan membalikkan telefon, yang kemudiannya akan ditranskripsi secara automatik.

NOTHING PHONE 3

Phone (3) menjalankan Android 15 dengan sokongan kemas kini perisian selama 5 tahun, serta kemas kini keselamatan selama 7 tahun.

Nothing Phone (3) akan tersedia secara global dalam varian 12GB RAM + 256GB dan 16GB RAM + 512GB dengan masing-masing pada harga $799 (~RM 3353) dan $899 (~RM 3774)  bermula 15 Julai 2025.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • vivo X200 FE Tiba Di Malaysia Dengan Harga RM3,199
  • Siri OPPO Reno14 Rasmi - MediaTek Dimensity 8450, Bateri 6,200mAh, Harga Dari RM1,399

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY