Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Enco Buds3-1

OPPO Enco Buds3 Turut Dilancar, Harga RM129

Diterbitkan Julai 1, 2025 oleh Amsyar Latif

OPPO hari ini turut melancarkan OPPO Enco Buds3 di Malaysia, sebagai tambahan terbaharu dalam barisan fon telinga wayarles. Direka untuk keselesaan jangka panjang dan pengalaman audio yang mengasyikkan, Enco Buds3 hadir dengan reka bentuk ergonomik separuh dalam telinga, hayat bateri sehingga 48 jam, serta pengecasan pantas hanya 10 minit untuk 3 jam penggunaan.

Dikuasakan oleh pemacu 12.4mm berlapis titanium dan teknologi audio OPPO Alive Audio, ia menjanjikan bunyi seimbang dan imersif.

OPPO Enco Buds3-2
OPPO Enco Buds3-3

Tambahan pula, fon telinga ini disertakan dengan ciri pintar seperti AI Translate, AI Clear Phone Call, dan Bluetooth 5.4 untuk sambungan lancar dan penggunaan pelbagai peranti secara serentak.

Tersedia dalam warna Slate Black dan Snow White pada harga RM129, OPPO Enco Buds3 kini boleh diprapesan sehingga 11 Julai 2025, dengan promosi khas rebat RM30 sempena pelancaran siri OPPO Reno14.

Berkaitan

  • OPPO Find X8s, X8s+ Turut Dilancarkan Dengan Cip Dimensity 9400+
  • OPPO Pad SE Kini Di Malaysia – Tablet RM599 Dengan Skrin Anti-Silau Dan Mod Kanak-Kanak
  • 'Laptop' Mahal Sangat? Tablet Ni Dah Lebih Dari Cukup

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pasport Kini Boleh Diperbaharui Melalui Aplikasi MyGOV Malaysia
  • PETRONAS Bakal Bawa LNG Terapung Berhampiran Pantai Pertama Dunia Ke Sipitang, Sabah
  • Dua Syarikat Malaysia Disenarai AS, MITI Nasihat Pengendali Pusat Data Elak 7 Entiti
  • Honor Magic9 Pro Max Dilancar Di Malaysia Pada Harga RM5,999
  • Cara Paparkan Semula Preview Bergambar Pada Ikon Di Windows Explorer
  • LZNK Lancar Aplikasi 'Amil AI' - Permudah Akses Maklumat, Permohonan Bantuan, Bayaran Zakat
  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Dream Chaser Terima Lesen Pendaratan FAA, Sasar Penerbangan Sulung Pada 2027
©2026 WISER.MY