Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nokia 3210 2024

Selepas 25 Tahun, Nokia 3210 Kini Kembali

Diterbitkan Mei 9, 2024 · Dikemas kini Mei 9, 2024 oleh Amalina Athman

HMD Global kini melancarkan kembali telefon klasik Nokia 3210 dari tahun 1999, dengan rupa yang lebih moden bagi versi 2024.

Berkaitan

  • Tidak Lagi Nokia Mobile, Kini Dikenali HMD
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Menyentuh spesifikasi, Nokia 3210 (2024) menampilkan skrin bersaiz 2.4-inci TFT LCD dengan QVGA. Di bahagian belakang menempatkan kamera 2MP dan lampu LED.

Nokia 3210 2024_4

Telefon ini dijana cip pemproses Unisoc T107 bersama 64MB RAM dan storan 128MB yang menyokong kad mikroSD sehingga 32GB. Ia dibekalkan bateri 1,450mAh boleh tanggal dengan pengecasan melalui USB Type-C.

Lain-lain termasuk sokongan rangkaian 4G, Bluetooth 5.0, bicu audio 3.5mm, radio FM serta menjalankan sistem operasi S30+. Mengimbau kenangan lalu, Nokia 3210 (2024) turut disertakan permainan Snake kegemaran ramai.

Nokia 3210 2024_3

Peranti ini diletakkan pada tanda harga €80 (~RM407), dengan tiga pilihan warna tersedia iaitu Y2K Gold, Grunge Black dan Scuba Blue. Buat masa ini, belum diketahui sekiranya ia akan dibawa masuk untuk pasaran Malaysia.

  • Beli produk Nokia di Shopee: https://invl.io/cll3q05
  • Beli produk Nokia di Lazada: https://invol.co/cll3q02

Sumber: HMD Global

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY