Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tidak Lagi Nokia Mobile, Kini Dikenali HMD

Tidak Lagi Nokia Mobile, Kini Dikenali HMD

Diterbitkan Februari 1, 2024 ยท Dikemas kini Februari 1, 2024 oleh ariff bukhari

Jika anda peminat telefon pintar Nokia, sudah tiba masanya untuk anda mengucapkan selamat tinggal.

Ini kerana, barisan produk Nokia meliputi telefon pintar, telefon bimbit, tablet dan aksesori kini menggunakan nama HMD.

Malah semakan di laman sesawang rasminya juga kini telah ditukar kepada HMD termasuklah di Malaysia.

Screenshot 2024-02-01 153032

HMD dalam kenyataannya berkata, mereka akan membariskan peranti asli dan barisan telefon HMD yang baharu nanti.

Pengguna peranti Nokia semasa juga masih akan terus mendapat sokongan penuh sepanjang tempoh jaminan mereka.

Di laman HMD Malaysia, kini menampilkan 7 model telefon pintar yang terdiri daripada 1x siri X, 2x siri G dan 4x siri C.

Manakala untuk telefon bimbit pula menampilkan sejumlah 11 model telefon bimbit.

Dalam perkembangan lain, telefon HMD baharu dijangka akan diperkenalkan semasa MWC 2024 di Barcelona pada bulan Februari ini.

Berkaitan

  • Harga DRAM Dan Storan SSD Dijangka Naik Mendadak Tahun Ini
  • Redmi Note 13 Pro Dan Redmi Note 13 Pro+ 5G Laku Keras Di Malaysia
  • Semak Saman Di MyBayar Sekarang, PDRM Sedang Tawar Diskaun 50%

Sumber: HMD

Beli barisan telefon dan produk Nokia di stor rasmi:

Shopee: https://invl.io/clko3l5

Lazada: https://invol.co/clko3l7

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
©2026 WISER.MY