Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mainvisual Nintendo Switch 2_

Nintendo Switch 2 Kini Terima Kelulusan SIRIM

Diterbitkan Jun 16, 2025 · Dikemas kini Jun 16, 2025 oleh Amalina Athman

Nintendo Switch 2 secara rasmi kini tersenarai dalam pangkalan data SIRIM.

Sebelum ini, hanya aksesori seperti Switch 2 Pro Controller yang muncul dalam senarai, membawa kepada spekulasi bahawa pelancaran konsol utamanya mungkin masih jauh.

Namun, berdasarkan kemas kini terbaru di laman rasmi SIRIM, Nintendo Switch 2 dengan nombor model BEE-001 telah diluluskan di bawah kategori “Video Game Console” dengan tarikh kelulusan 16 Jun 2025.

Beberapa aksesori seperti Switch 2 Pro Controller telah pun diluluskan seawal 9 Mei 2025 di bawah kategori “Wireless Game Controller”.

Nintendo Switch 2 Malaysia_

Walaupun telah menerima kelulusan SIRIM, tinjauan di laman rasmi Nintendo menunjukkan pelancaran Switch 2 di Malaysia masih kekal mengikut jadual asal, iaitu sekitar Julai hingga September 2025.

Setakat ini, masih belum diketahui sekiranya Nintendo akan menyenaraikan Malaysia pada “saat-saat akhir” dalam kumpulan negara Asia Tenggara yang bakal menerima Switch 2 lebih awal, bermula 26 Jun 2025.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Harga Nintendo Switch 2 Kekal Tapi Aksesori Naik Harga
  • Switch 2 Hadir Ke Pasaran Asia Tenggara Lebih Awal, Tapi Nintendo 'Skip' Malaysia
  • Walaupun Mahal, Peminat Tetap Beratur Beli Nintendo Switch 2

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY