Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nintendo switch 2

Harga Nintendo Switch 2 Kekal Tapi Aksesori Naik Harga

Diterbitkan April 21, 2025 · Dikemas kini April 21, 2025 oleh Amsyar Latif

Nintendo mengesahkan prapesan bagi Nintendo Switch 2 akan bermula pada 24 April 2025 dengan harga konsol dikekalkan seperti diumumkan sebelumnya iaitu $449.99 (~RM2,100) untuk Nintendo Switch 2, dan $499.99 (~RM2,300) bagi bundle Nintendo Switch 2 bersama Mario Kart World.

Walau bagaimanapun, harga bagi aksesori Nintendo Switch 2 mengalami kenaikan berbanding pengumuman asal pada 2 April lalu akibat perubahan keadaan pasaran semasa. Antara aksesori yang terkesan ialah:

  • Nintendo Switch 2 Pro Controller: $84.99
  • Joy-Con 2 Pair: $94.99
  • Joy-Con 2 Charging Grip: $39.99
  • Joy-Con 2 Strap: $13.99
  • Joy-Con 2 Wheel Set: $24.99
  • Nintendo Switch 2 Camera: $54.99
  • Nintendo Switch 2 Dock Set: $119.99
  • Nintendo Switch 2 Carrying Case & Screen Protector: $39.99
  • Nintendo Switch 2 All-In-One Carrying Case: $84.99
  • Nintendo Switch 2 AC Adapter: $34.99
  • Samsung microSD Express Card 256GB: $59.99

Harga bagi permainan seperti Mario Kart World dan Donkey Kong Bananza kekal tidak berubah.

Nintendo turut memaklumkan kemungkinan terdapat lagi perubahan harga di masa hadapan, bergantung kepada keadaan pasaran.

Pada masa yang sama, Nintendo meminta maaf atas kelewatan prapesan ini dan menghargai kesabaran pelanggan sambil menantikan pelancaran rasmi pada 5 Jun 2025.

Diingatkan kembali, ini merupakan harga untuk pasaran Amerika Syarikat dan belum diketahui lagi di Malaysia. Oleh itu, kita perlu menunggu pengumuman rasmi bagi harga tempatan di mana akan dilancarkan sekitar Julai-September ini.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Nintendo Tunjuk Cara Sebenar Banteras 'Scalper'
  • Grafik Nintendo Switch 2 10 Kali Ganda Lebih Baik, Ada 'Ray Tracing' & DLSS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY