Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Walaupun Mahal, Peminat Tetap Beratur Beli Nintendo Switch 2

Walaupun Mahal, Peminat Tetap Beratur Beli Nintendo Switch 2

Diterbitkan Jun 5, 2025 oleh ariff bukhari

Seperti yang dijadualkan, Nintendo akhirnya telah melancarkan Switch 2 di pasaran pada minggu ini dan sambutannya memang luar biasa dengan merekodkan jutaan pra-tempahan.

Di Jepun saja, 2.2 juta pra-tempahan dicatatkan yang disifatkan penganalisis industri sebagai satu angka “gila”.

Switch 2 tampil dengan skrin lebih besar, lebih berprestasi dan memori lapan kali ganda berbanding model asalnya.

Ia juga hadir dengan kawalan magnetik baharu dan ciri menarik seperti berbual semasa bermain dan kongsi permainan bersama rakan.

Namun, harga jualannya agak tinggi iaitu bermula dari $449.99 (~RM2,100), berbanding $299.99 untuk Switch pertama.

nintendo switch 2
Nintendo Switch 2 tersedia dalam 2 versi iaitu versi standard dan versi Mario Kart™ World Bundle.

Malah, harga permainan baru seperti Mario Kart World mencecah $80 (~RM380), menjadikannya sebagai judul permainan dengan harga yang tertinggi dalam sejarah Nintendo.

Tetapi walupun mahal, ia tetap mendapat sambutan luar biasa sehingga sesetengah kedai terpaksa membatalkan pesanan kerana kekangan bekalan.

Walaupun Mahal, Peminat Tetap Beratur Beli Nintendo Switch 2
Orang ramai kelihatan berbaris di kedai Nintendo New York pada 4 Jun 2025, untuk acara pelancaran menjelang pelancaran tengah malam. (Foto oleh David Dee Delgado / AFP)

Nintendo menjangkakan sebanyak 15 juta unit akan dihantar tahun ini, sama seperti pelancaran Switch asal.

Dengan jualan Switch menyumbang 90% pendapatan Nintendo, kejayaan Switch 2 amat penting bagi masa depan syarikat gergasi permainan ini.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • 5 UPS Terbaik Bawah RM200 Untuk Elak Komputer Mati Mengejut
  • Counterpoint: Ketidaktentuan Tarif Jejas Pertumbuhan Apple Dan Samsung Pada 2025

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tak Perlu Keluarkan Telefon, Jepun Uji Teknologi Baharu Untuk Naik Tren
  • Tambang ECRL Gombak-Kota Bharu Bermula RM125 - Tiket Mula Dijual Pertengahan November
  • Honda Bangunkan Teknologi Jalan Raya Yang Boleh Cas EV Ketika Bergerak
  • Harga PS6 Mungkin Cecah Lebih AS$1,000 Akibat Kenaikan Kos RAM Dan SSD
  • Dua Anak Sarawak Raih Tempat Kedua Dalam Pertandingan Robotik WRO 2026 Di Croatia
  • Dakwaan Isu Haba Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 Kurang Tepat - Qualcomm
  • OpenAI Dilapor Tawar Gaji Sehingga Sekitar RM2.1 Juta Setahun Untuk Kerja Futuristik Ini
  • Penang Port Jadi Pelabuhan Pertama Di Malaysia Guna Rangkaian 5G Persendirian
©2026 WISER.MY