Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nintendo switch 2

Switch 2 Hadir Ke Pasaran Asia Tenggara Lebih Awal, Tapi Nintendo ‘Skip’ Malaysia

Diterbitkan Mei 30, 2025 oleh Amsyar Latif

Nintendo Switch 2 yang dilancarkan secara rasmi awal April lalu bakal memasuki pasaran Asia Tenggara lebih awal daripada jangkaan. Menurut kemas kini rasmi dari halaman Facebook Nintendo Southeast Asia, konsol generasi baharu itu akan mula dijual di Singapura, Thailand dan Filipina bermula 26 Jun 2025.

Ini sedikit mengejutkan kerana terdahulu, berdasarkan maklumat di laman web Nintendo, pelancaran untuk rantau Asia Tenggara dijangka sekitar Julai hingga September. Namun, kemasukan awal tiga negara tersebut mengubah jangkaan awal tetapi ia adalah berita baik buat peminat di rantau ini.

Sayang sekali, Malaysia tidak tersenarai dalam kelompok pertama negara Asia Tenggara yang menerima Switch 2 pada bulan Jun ini.

Buat masa sekarang, tiada penjelasan rasmi dari Nintendo mengapa mereka “skip” Malaysia dalam senarai pelancaran awal. Walaupun begitu, peminat tempatan masih boleh menantikan pelancaran rasmi yang dijangka dalam tempoh asal iaitu sekitar Julai hingga September 2025.

Anda tidak disarankan untuk membeli set luar memandangkan konsol ini tetap masuk ke pasaran tempatan. Walau apa pun, pilihan ditangan anda sekiranya anda tidak kisah akan waranti.

Berkaitan

  • Nintendo Switch 2 Rasmi, Akan Tersedia Di Pasaran Bermula 5 Jun 2025
  • Nintendo Tunjuk Cara Sebenar Banteras 'Scalper'
  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Harga Nintendo Switch 2 Kekal Tapi Aksesori Naik Harga

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY