Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nintendo eShop Malaysia

Nintendo eShop, Switch Online Akan Tiba Di Malaysia 18 November Ini

Diterbitkan Oktober 15, 2025 · Dikemas kini Oktober 15, 2025 oleh Amalina Athman

Selepas beberapa tahun, Nintendo kini mengumumkan perkhidmatan Nintendo eShop dan Nintendo Switch Online akan mula ditawarkan di Malaysia, Singapura dan Thailand pada 18 November 2025.

Kedua-dua perkhidmatan ini akan tersedia untuk Nintendo Switch 2 dan Nintendo Switch.

Melalui Nintendo eShop, pengguna boleh membeli serta memuat turun permainan, kandungan tambahan (DLC), dan keahlian Nintendo Switch Online.

Bagi ahli Nintendo Switch Online, beberapa kelebihan ditawarkan termasuk akses kepada mod permainan dalam talian (perlawanan dan kerjasama), pilihan permainan klasik daripada konsol Nintendo terdahulu serta permainan eksklusif yang hanya tersedia untuk ahli.

Ciri seperti Save Data Cloud turut disertakan bagi memudahkan pengalaman bermain di kedua-dua konsol tersebut.

Sebelum ini, pemain di Malaysia terpaksa menggunakan akaun dari negara lain dan bergantung kepada kad prabayar atau kaedah pembayaran asing untuk mengakses kandungan digital. Dengan pelancaran ini kelak, dijangkakan lebih banyak kaedah pembayaran tempatan akan tersedia bagi pengguna di Malaysia.

Nintendo memaklumkan bahawa butiran lanjut mengenai kandungan perkhidmatan akan diumumkan kemudian.

Berkaitan

  • Nintendo Switch 2 Kini Dibuka Untuk Prapesan - Harga Bermula RM2,488
  • Hampir 6 Juta Terjual, Switch 2 Berpotensi Jadi Konsol Terlaris Dalam Sejarah Nintendo
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY