Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Momentum Switch 2 Dorong Saham Nintendo Naik Lebih 10%

Momentum Switch 2 Dorong Saham Nintendo Naik Lebih 10%

Diterbitkan November 5, 2025 oleh Amsyar Latif

Saham Nintendo melonjak lebih 10% pada Rabu selepas gergasi permainan video Jepun itu menaikkan ramalan jualan konsol Switch 2 serta keuntungan tahunannya.

Syarikat itu pada Selasa berkata ia kini menyasarkan untuk menjual 19 juta unit Switch 2 dalam tahun kewangan semasa — meningkat daripada sasaran asal 15 juta unit.

Dalam kenyataan selepas pasaran ditutup, Nintendo turut menaikkan unjuran keuntungan bersih tahunan kepada 350 bilion yen (~RM11.2 bilion) berbanding 300 bilion yen (~RM9.6 bilion) sebelum ini.

Presiden Nintendo, Shuntaro Furukawa, memberitahu penganalisis bahawa peranti terbaharu itu masih belum mengatasi jualan Nintendo DS, platform paling laris syarikat tersebut. Namun dijangka berpotensi berbuat demikian “jika momentum jualan semasa berterusan,” lapor Nikkei Business Daily.

Dalam dagangan pagi, saham Nintendo naik 8.18% kepada 14,005 yen, selepas sempat meningkat lebih 10% kepada 14,265 yen. – AFP

Berkaitan

  • Hampir 6 Juta Terjual, Switch 2 Berpotensi Jadi Konsol Terlaris Dalam Sejarah Nintendo
  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • Nintendo eShop, Switch Online Akan Tiba Di Malaysia 18 November Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
©2026 WISER.MY