Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nilai Pelaburan Dari 4 Syarikat Teknologi Ini Di Malaysia Sahaja Sudah Cecah RM70 Bilion

Nilai Pelaburan Dari 4 Syarikat Teknologi Ini Di Malaysia Sahaja Sudah Cecah RM70 Bilion

Diterbitkan Oktober 3, 2024 · Dikemas kini Oktober 3, 2024 oleh ariff bukhari

Selepas Amazon Web Services, Microsoft, Google, kini sebuah lagi syarikat gergasi teknologi terkemuka, Oracle mengumumkan bahawa mereka akan membuka pusat awan awam pertamanya di Malaysia dengan pelaburan berjumlah US$6.5 bilion.

Pengumuman itu pastinya menggembirakan negara kerana nilai projek yang diumumkan oleh syarikat-syarikat ini sehingga kini melibatkan pelaburan keseluruhan yang dianggarkan bernilai US$16.9 bilion (~RM70.3 bilion).

Nilai Pelaburan Dari 4 Syarikat Teknologi Ini Di Malaysia Sahaja Sudah Cecah RM70 Bilion

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, adalah penting bagi tenaga kerja dan syarikat tempatan merebut peluang sebaiknya daripada pelaburan-pelaburan ini.

“Dalam beberapa siri perbincangan bersama pelabur termasuk pengurusan tertinggi syarikat-syarikat tersebut, saya tekankan kepentingan perluasan manfaat jangka panjang kepada Malaysia, termasuk pembangunan pusat kecemerlangan, fakulti AI dan pemerkasaan kumpulan masyarakat.”

Beliau menyatakan, keputusan ini mencerminkan keyakinan dan komitmen syarikat-syarikat dunia terhadap potensi Malaysia sebagai pintu masuk bagi infrastruktur awan dan menyokong pertumbuhan ekosistem kecerdasan buatan (AI) serantau.

Berkaitan

  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Oracle Akan Labur Lebih RM27 Bilion Di Malaysia
  • Malaysia Akan Beralih Daripada Protokol Internet Versi 4 (IPv4) Kepada IPv6 

Sumber: FB Anwar Ibrahim

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY