Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Bakal Labur RM9.4 Bilion, Buka Pusat Data Dan Google Cloud Pertama Di Malaysia

Google Bakal Labur RM9.4 Bilion, Buka Pusat Data Dan Google Cloud Pertama Di Malaysia

Diterbitkan Mei 30, 2024 · Dikemas kini Mei 30, 2024 oleh ariff bukhari

Kementerian Pelaburan, Perdagangan & Industri (MITI) telah memperoleh komitmen dari Google untuk melabur RM9.4 bilion (USD2 bilion) untuk menempatkan pusat data Google pertamanya dan wilayah Google Cloud di Malaysia.

Pelaburan itu akan menyumbang kepada 26,500 pekerjaan merentasi pelbagai sektor dalam Malaysia– termasuk dalam penjagaan kesihatan, pendidikan dan kewangan – dengan jumlah impak ekonomi bernilai RM15.04 bilion (USD3.2 bilion).

Google Cloud di Malaysia akan menyertai 40 wilayah dan 121 zon yang kini beroperasi di seluruh dunia untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk perkhidmatan awan di peringkat tempatan dan global, serta program literasi Al untuk pelajar dan pendidik Malaysia.

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, berkata pengumuman tersebut akan mendukung cita-cita digital dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).

Selain itu, pusat data dan wilayah Google Cloud di Greater Kuala Lumpur juga akan memperkuat industri pembuatan dan perkhdimatan dengan teknologi AI, memberikan impak ekonomi sekitar RM15.04 bilion. Malah, Google juga akan membantu membangunkan ekosistem bakat melalui peningkatan kemahiran digital dan kerjaya.

Pelaburan ini diharapkan menarik lebih banyak pelaburan, merangsang inovasi, dan mempercepat transformasi digital Malaysia, mendukung visi MADANI untuk kemakmuran dan kemajuan teknologi negara.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • CIMB Tawar Pembiayaan EV Dan Sokong Pembayaran Tanpa Sentuh Pertama Dalam Pasaran
  • Curlec by Razorpay Umum Kerjasama Dengan TNG Digital, Perkasakan Pasaran Yang Kurang Mendapat Liputan

Sumber: MITI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY