Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apa Yang Anda Perlu Tahu Untuk Dapatkan Kelajuan Internet 1Gbps

Malaysia Akan Beralih Daripada Protokol Internet Versi 4 (IPv4) Kepada IPv6 

Diterbitkan Oktober 3, 2024 · Dikemas kini Oktober 3, 2024 oleh ariff bukhari

Malaysia dijangka akan beralih daripada Protokol Internet Versi 4 (IPv4) kepada IPv6 tidak lama lagi.

Ia selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan Perundingan Awam mengenai cadangan cara yang ke hadapan untuk 100% penerimaan dan penghijrahan lengkap ke IPv6 di Malaysia.

MCMC berkata, pelan pelaksanaan berperingkat ini menyasarkan peralihan lengkap dalam tempoh empat tahun dari 2025 hingga 2028.

Internet Protocol versi 4 atau IPv4 adalah versi keempat dari protokol internet yang memiliki panjang angka 32 bit.

Secara umum, versi alamat IP ini telah dipakai sejak internet pertama kali muncul dan mula digunakan secara komersial. Maka, IPv4 boleh dikatakan sebagai versi yang paling banyak digunakan oleh kebanyakan orang.

IPv4 terbukti sudah tidak lagi mencukupi dalam jangkauan kapasiti menampung alamat IP iaitu hampir 4.3 juta IP sahaja.(Ruang IPv4 adalah 2³², atau 4.294.967.296)

Manakala Internet Protocol versi 6 atau IPv6 yang berukuran 128 bit akan dapat menampung jauh lebih banyak alamat IP.

( IPv6 memiliki ruang alamat yang jauh lebih tinggi iaitu 2¹²⁸, atau 3,403×10³⁸, atau 340,282,366,920,938,000,000,000,000,000,000,000,000 alamat IP unik.)

MCMC menyatakan, peralihan daripada Protokol Internet Versi 4 (IPv4) kepada IPv6  sekali gus menunjukkan kemajuan ketara Internet kerana ia menangani batasan dan kehabisan IPv4 disebabkan oleh peningkatan eksponen dalam peranti yang disambungkan, dengan matlamat utama untuk mencapai IPv6 sahaja.

Sehubungan itu, SKMM menjemput maklum balas dan pandangan bertulis daripada pihak industri, pihak yang berminat dan orang ramai mengenai cadangan untuk 100% penerimaan dan penghijrahan lengkap ke IPv6 di Malaysia.

Berkaitan

  • Malaysia Negara Ketiga Sedia Berhijrah Ke IPv6
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Buang Segera Aplikasi Android Ini Didapati Mencuri Wang Kripto
  • Microsoft Office 2024 Kini Dalam 2 Edisi Tanpa Langganan, Harga Dari RM609 Sahaja

Sumber: MCMC, AWS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY