Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Oracle Akan Labur Lebih RM27 Bilion Di Malaysia

Oracle Akan Labur Lebih RM27 Bilion Di Malaysia

Diterbitkan Oktober 2, 2024 · Dikemas kini Oktober 2, 2024 oleh Amalina Athman

Oracle hari ini mengumumkan perancangan untuk melabur lebih US$6.5 bilion (~RM27 bilion) bagi mewujudkan wilayah awan di Malaysia untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) dan pengkomputeran awan.

Dalam kenyataan hari ini, Oracle menjelaskan wilayah awan yang akan diwujudkan itu membolehkan pelanggan dan rakan kongsinya di Malaysia memanfaatkan infrastruktur dan perkhidmatan AI serta memindahkan beban kerja yang penting kepada Oracle Cloud Infrastructure (OCI).

Menurut Oracle, wilayah awan yang dirancang itu akan membantu organisasi di Malaysia memodenkan aplikasi, memindahkan semua jenis beban kerja ke perkhidmatan awan serta berinovasi dengan data, analitik dan AI.

Selain itu, lebih 150 perkhidmatan, termasuk Oracle Autonomous Database, HeatWave MySQL Database Service, Oracle Cloud VMware Solution, OCI Kubernetes Engine dan Oracle Fusion Cloud Applications Suite juga akan tersedia – menawarkan infrastruktur pelanggan, platform atau perkhidmatan SaaS.

Sementara itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pelaburan ini akan memperkasakan entiti Malaysia, terutama perusahaan kecil dan sederhana, dengan teknologi AI dan awan yang inovatif dan termaju untuk meningkatkan daya saing global mereka.

Oracle akan melabur USD6.5 bilion di Malaysia!

MITI amat mengalu-alukan pelaburan USD6.5 bilion Oracle yang akan membolehkan entiti Malaysia, terutamanya PKS, untuk memanfaatkan teknologi AI dan awan termaju dalam memupuk inovasi dan meningkatkan daya saing global mereka. Ia… pic.twitter.com/Xu8chAO3Ll

— Tengku Zafrul 🇲🇾 (@tzafrul_aziz) October 2, 2024

Beliau berkata pelaburan itu juga merupakan langkah penting ke arah merealisasikan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP2030) untuk mewujudkan 3,000 kilang pintar menjelang 2030.

Keputusan Oracle untuk menubuhkan rantau awan awam pertamanya di Malaysia juga menyerlahkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan digital terulung di Asia Tenggara.

Sumber: Oracle

Gambar utama: CNBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Microsoft Umum Pelaburan Lebih RM10 Bilion Di Malaysia
  • Google Bakal Labur RM9.4 Bilion, Buka Pusat Data Dan Google Cloud Pertama Di Malaysia
  • AWS Lancar Wilayah Infrastruktur Di Malaysia
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY