Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Malaysia_BERNAMA

Microsoft Umum Pelaburan Lebih RM10 Bilion Di Malaysia

Diterbitkan Mei 2, 2024 · Dikemas kini Mei 2, 2024 oleh Amalina Athman

Malaysia akan menerima pelaburan sebanyak USD2.2 bilion atau sekitar RM10.5 bilion untuk infrastruktur awan dan kecerdasan buatan (AI) daripada Microsoft dalam tempoh empat tahun.

Berkaitan

  • Infrastruktur AI Malaysia Dibangunkan YTL Power Dan Nvidia
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Pengumuman itu dibuat oleh CEO Microsoft Satya Nadella semasa Forum Kepimpinan Nasional AI di Putrajaya pada hari ini, yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Katanya lagi,

Peruntukan ini adalah untuk memastikan pembangunan AI dan infrastruktur awan di Malaysia bertaraf dunia.

Sementara itu, Anwar berkata jumlah tersebut merupakan pelaburan terbesar Microsoft pada satu-satu masa setelah bertapak selama 32 tahun di Malaysia.

Mengulas lanjut, beliau menyatakan pelaburan ini akan meliputi pembangunan sistem awan (cloud system) dan infrastruktur AI, dengan menyasarkan peluang kemahiran AI kepada 300,000 rakyat Malaysia.

Selain itu, penubuhan Pusat Kecemerlangan AI Nasional serta mempertingkat kemampuan keselamatan siber negara dan menyokong pertumbuhan komuniti pembangun sistem di Malaysia.

Sumber: Anwar Ibrahim

Gambar utama: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY