Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AWS Lancar Wilayah Infrastruktur Di Malaysia

AWS Lancar Wilayah Infrastruktur Di Malaysia

Diterbitkan Ogos 22, 2024 · Dikemas kini Ogos 22, 2024 oleh Amalina Athman

Amazon Web Services (AWS) hari ini mengumumkan pelancaran Rantau AWS Asia Pasifik di Malaysia.

Bermula hari ini, pembangun, syarikat pemula, usahawan dan perusahaan, serta kerajaan, pendidikan dan organisasi bukan berasaskan keuntungan (NGO) akan mempunyai pilihan untuk menjalankan aplikasi dan memberikan perkhidmatan kepada pengguna akhir daripada pusat data AWS di Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada komitmen jangka panjang, AWS merancang untuk melabur anggaran $6.2 bilion (~RM29.2 bilion) di Malaysia menjelang 2038.

Pembinaan dan pengendalian Wilayah AWS baharu dianggarkan menambah kira-kira $12.1 bilion (MYR 57.3 bilion) kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia serta mewujudkan lebih 3,500 pekerjaan setiap tahun menjelang 2038.

Pekerjaan ini, termasuk pembinaan, penyelenggaraan kemudahan, kejuruteraan, telekomunikasi dan lain-lain akan menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan AWS di Malaysia.

Malaysia_Economic Impact Study_Infographic-1

Dengan pelancaran Rantau AWS Asia Pasifik di Malaysia, AWS kini mempunyai 108 Zon Ketersediaan merentas 34 wilayah, dengan rancangan untuk melancarkan 18 Zon Ketersediaan dan enam Wilayah AWS di Mexico, New Zealand, Kerajaan Arab Saudi, Taiwan, Thailand dan AWS European Sovereign Cloud.

Rantau AWS Asia Pasifik (Malaysia) terdiri daripada tiga Zon Ketersediaan, dengan setiap satunya mempunyai kuasa bebas, penyejukan dan keselamatan fizikal, serta disambungkan melalui rangkaian dengan kependaman ultra-rendah (ultra-low-latency).

Untuk rekod, AWS menawarkan portfolio perkhidmatan termasuk analitik, pengiraan, pangkalan data, IoT, AI generatif, ML, perkhidmatan mudah alih, storan dan teknologi awan yang lain.

Berkaitan

  • AWS Sasar Labur Lebih RM25 Bilion Di Malaysia Menjelang 2037
  • PayNet Perkenal Program Akar, Tawar Latihan AWS Cloud Percuma Untuk Generasi Muda
  • Kena Cepat, Anda Boleh Jimat Sehingga RM800 Kalau Beli Siri iPhone 15 Di Kedai Ini
  • Projek Pusat Data Amazon Sedang Dibangunkan Di Cyberjaya

Sumber: Siaran Media AWS

Gambar utama: Wired

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY