Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pusat Data AI Cipta “Pulau Haba”, Naikkan Suhu Lokasi Berhampiran – Kajian

New York Mohon Sekat Pembinaan Pusat Data Baharu Selama Setahun

Diterbitkan Jun 5, 2026 · Dikemas kini Jun 5, 2026 oleh ariff bukhari

Badan perundangan New York telah meluluskan satu rang undang-undang pada malam Khamis yang akan menghalang pengeluaran permit bagi pembinaan pusat data baharu selama setahun, sekali gus berpotensi menjadi undang-undang pertama seumpamanya di Amerika Syarikat.

Rang undang-undang itu kini diserahkan kepada Gabenor New York, Kathy Hochul, yang mempunyai pilihan sama ada untuk menandatanganinya bagi dikuatkuasakan sebagai undang-undang atau menggunakan kuasa veto untuk menolak langkah tersebut.

Jika Hochul menandatangani rang undang-undang berkenaan, New York bakal menjadi negeri pertama di AS yang mengenakan moratorium terhadap pusat data, iaitu infrastruktur kritikal bagi syarikat-syarikat AI yang mana program mereka bergantung sepenuhnya pada kemudahan tersebut untuk beroperasi.

Rang undang-undang itu juga menyatakan bahawa sebaik sahaja tempoh moratorium tamat, setiap permohonan pusat data yang baharu mestilah dibentangkan dalam satu mesyuarat awam sebelum pihak kerajaan boleh mengeluarkan sebarang permit.

Pejabat Gabenor New York tidak memberikan maklum balas segera terhadap permintaan AFP untuk mendapatkan ulasan.

Kelulusan perundangan tersebut telah disahkan kepada AFP oleh seorang jurucakap kepada Senator Negeri New York, Liz Krueger, yang merangka draf asal rang undang-undang itu sebelum ia digabungkan ke dalam teks perundangan yang diluluskan pada hari Khamis.

Satu rang undang-undang yang serupa telah diluluskan pada April lepas di negeri timur laut Maine, namun Gabenor Janet Mills menggunakan kuasa veto terhadapnya atas alasan bahawa undang-undang tersebut tidak mengecualikan satu projek pusat data tempatan yang sedang berjalan.

Sentimen orang awam di Amerika Syarikat terhadap pusat data dilaporkan semakin keras, yang mana satu tinjauan pendapat oleh Universiti Quinnipiac pada awal tahun ini mendapati 65 peratus rakyat Amerika menentang pembinaan pusat data di kawasan komuniti mereka.

Perbelanjaan pembinaan pusat data di AS melonjak tinggi sejak kebelakangan ini, menyaksikan firma-firma teknologi melaburkan puluhan bilion dolar untuk membina infrastruktur di tengah-tengah perlumbaan sengit bagi menerajui bidang AI.

Para pengkritik pusat data membangkitkan isu penggunaan tenaga elektrik yang sangat tinggi oleh kemudahan-kemudahan ini, yang mana ia memberi tekanan melampau kepada grid kuasa tempatan serta melonjakkan bil tenaga.

Selain itu, mereka turut mempersoalkan penggunaan air yang banyak, gangguan bunyi yang dihasilkan, serta jumlah peluang pekerjaan yang ditawarkan relatifnya  adalah kecil. – AFP.

Berkaitan

  • Pusat Data AI Cipta "Pulau Haba", Naikkan Suhu Lokasi Berhampiran - Kajian
  • Gelombang Penduduk Di AS Membantah Projek Bina Pusat Data AI Semakin Merebak
  • Sebuah Negeri Di AS Jadi Yang Pertama Sekat Pembinaan Pusat Data Berskala Besar
  • Pelik Tekanan Air Rendah, Pusat Data Di AS Didapati Guna 30 Juta Gelen Air Tanpa Meter

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY