Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelik Tekanan Air Rendah, Pusat Data Di AS Didapati Guna 30 Juta Gelen Air Tanpa Meter

Pelik Tekanan Air Rendah, Pusat Data Di AS Didapati Guna 30 Juta Gelen Air Tanpa Meter

Diterbitkan Mei 15, 2026 · Dikemas kini Mei 15, 2026 oleh ariff bukhari

Sebuah pusat data di Fayetteville, Georgia mencetuskan kontroversi apabila didapati menggunakan hampir 30 juta gelen air tanpa meter.

Kejadian ini terbongkar selepas penduduk mengadu tekanan air rendah yang dialami mereka.

Hasil siasatan mendapati terdapat dua sambungan air di kampus pusat data Quality Technology Services (QTS) di mana satu tidak didaftarkan dan satu lagi tidak dibilkan.

Pihak utiliti menyalahkan kekeliruan semasa peralihan kepada sistem meter pintar serta kekurangan tenaga kerja.

QTS pula menjelaskan penggunaan air tinggi berpunca daripada aktiviti pembinaan, bukan sistem penyejukan, kerana mereka menggunakan sistem tertutup yang tidak memerlukan air.

Namun, penduduk berang kerana diminta berjimat cermat sedangkan pusat data menjadi pengguna terbesar air daerah.

QTS akhirnya dikenakan bil tertunggak kira-kira $147,000 (~RM704,000), tetapi tidak pula dikenakan denda.

Kampus QTS seluas 615 ekar itu dirancang dengan pembinaan sehingga 16 unit bangunan, sekali gus menjadikannya salah satu kampus pusat data terbesar di AS.

Malah Georgia, adalah negeri di AS yang memiliki lebih 200 pusat data.

Walaupun menjanjikan hasil cukai yang besar tetapi kini ia menimbulkan kebimbangan terhadap penggunaan sumber sehingga menyukarkan penduduk setempat.

Susulan tekanan masyarakat, Majlis Bandaraya Fayetteville telah bertindak dengan meluluskan larangan pembinaan pusat data baharu di setiap zon daerah di dalam bandar negeri itu.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Gelombang Penduduk Di AS Membantah Projek Bina Pusat Data AI Semakin Merebak
  • Projek Pusat Data Bernilai RM1.75 Bilion Bakal Dibina Di Serendah Pada Suku Ke-3 2026

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY