Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pusat Data AI Cipta “Pulau Haba”, Naikkan Suhu Lokasi Berhampiran – Kajian

Pusat Data AI Cipta “Pulau Haba”, Naikkan Suhu Lokasi Berhampiran – Kajian

Diterbitkan April 6, 2026 oleh ariff bukhari

Kajian terbaru melibatkan sekumpulan penyelidik dari pelbagai universiti seperti University of Cambridge, UK dan Nanyang Technological University dari Singapura dan University of Genoa dari Itali mendedahkan pusat data besar mencipta “pulau haba” yang meningkatkan suhu sekitar sehingga 16 darjah Fahrenheit (~8.9 darjah Celsius).

Analisis selama 20 tahun menggunakan sensor jauh dan lebih 6,000 pusat data menunjukkan purata kenaikan suhu sebanyak  3.6 degrees Fahrenheit (~2 darjah Celsius) selepas operasi bermula.

Kesan ini dikesan di seluruh dunia, termasuk Mexico dan Sepanyol, dengan peningkatan suhu sehingga 10 kilometer dari lokasi.

“Jelaslah bahawa kesan peningkatan suhu permukaan tanah (LST) mencecah sehingga 10 km dari hiperskala AI”.

Menurut kajian itu, fenomena ini telah memberi kesan kepada lebih 340 juta orang.

Dapatan ini sekali gus ia menimbulkan kebimbangan bahawa ledakan pusat data untuk kecerdasan buatan mempercepatkan risiko ketara paa iklim global.

Pakar menegaskan selain haba, pelepasan karbon daripada penjanaan tenaga pusat data juga menjadi ancaman utama.

Kajian itu menyimpulkan, permintaan tinggi terhadap perkhidmatan dan operasi berasaskan AI telah menyebabkan pertumbuhan pesat pusat data global yang sangat menggunakan tenaga.

Analisis kajian menegaskan wujudnya “data kesan pulan haba”, iaitu zon iklim tempatan yang terjejas daripada haba pusat data yang memberi kesan pada kesejahteraan sekitar, tenaga, kesihatan dan demografi.

Penemuan ini sekali gus mencetuskan gesaan agar pembangunan pusat data dirancang lebih mampan, kerana dunia sudah berdepan gelombang haba akibat perubahan iklim.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Kapasiti Pusat Data Malaysia Dijangka Meningkat Menjelang Akhir 2026, Penyejukan Cecair Bukan Lagi Pilihan Lestari
  • Penggunaan Tenaga Untuk Pusat Data Dijangka Meningkat Bersamaan 50 Juta Isi Rumah
  • 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Projek Maven, Sistem AI Utama Pentagon

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY